web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


First Sighting Produksi Bharatanatyam Pertama Sutra Foundation Untuk 2024

Ia membawakan nama terkenal dalam seni tari Bharatanatyam, Rathimalar Govindarajoo dan Ishwar Muthkumaran.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 8:20PM

oleh

Fida Ruzki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melangkah ke tahun 2024, Sutra Foundation kembali ke legasi tarian klasikal Bharatanatyam yang sebelum ini melonjakkan namanya di negara ini, sebagai pelopor kesenian tari yang berakar umbi di Tamil Nadu, India.

Membawakan produksi ‘First Sighting’, Sutra Foundation menawarkan penggiat seni terutama peminat tarian klasikal India, lima malam untuk menikmatinya, bermula 14 hingga 18 Februari ini.

Persembahan lapan penari Sutra dengan bimbingan kreatif dua nama tersohor, Rathimalar Govindarajoo dan Ishwar Muthkumaran boleh disaksikan di Theatre, Damansara Performing Arts Centre (DPAC), di Damansara Perdana.

Pengerusi Sutra Foundation, Datuk Ramli Ibrahim, dalam satu hantaran melalui media sosial, berkata suatu masa dahulu Sutra Foundation berbangga sebagai kuasa kreatif terkemuka negara dengan membawakan Bharatanatyam.

Namun, katanya, tahun terkemudian menyaksikan ia lebih membawa produksi Odissi, satu lagi cabang tarian klasikal India.

Justeru, beliau berkata, Sutra Foundation kini berhasrat mengambil kembali kedudukan terkemukanya dalam seni Bharatanatyam di negara ini.

“Kami sangat gembira mempersembahkan kepada anda produksi pertama kami bagi 2024, satu persembahan Bharatanatnyam yang dinamakan ‘First Sighting’.

“Ia selepas begitu banyak persembahan Odissi sejak sekian lama, kami akan mempersembahkan himpunan terbaik daripada tarian Bharatanatyam,” katanya dalam satu pesanan video.

Ramli berkata, Rathimalar, juga bintang di Shobana Jeyasingh Dance Company (UK), yang membawakan seni tari moden kontemporari, sebelum ini mendalami ilmu di Sutra Foundation manakala, Ishwar berlatar belakangkan gerak tari tradisional Tanjore Quartet.

Gabungan itu, katanya, membawakan sentuhan moden dalam paradigma sangat tradisional.

Beliau berkata, cabaran ‘First Sighting’ adalah untuk menghasilkan susunan semula yang segar dan menarik untuk komposisi kumpulan, namun masih mengekalkan estetika klasik dan tradisional dalam format klasik Bharatanatyam.

Peminat tarian klasikal India atau apa jenis seni tari boleh mendapatkan tiket yang berharga RM35, RM55 dan RM75.

Bagaimanapun, persembahan pada 15 Februari sudah habis terjual. Tiket boleh didapati di www.cloudjoi.com atau dengan menghubungi Sutra Foundation di talian 019-333 1092. – Getaran, 13 Februari 2024

Kredit foto dan video: FB Sutra Foundation dan Ramli Ibrahim

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN