Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shell Bincang Jual Stesen Minyak Di Malaysia Kepada Saudi Aramco - Sumber

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2024 12:21PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat gergasi bahan tenaga, Shell dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat milik kerajaan Arab Saudi, Saudi Aramco untuk menjual perniagaan stesen minyaknya di Malaysia.

Menurut laporan Reuters, yang memetik empat sumber industri yang mengetahui mengenai perbincangan itu berkata, perjanjian urus niaga itu boleh bernilai sehingga AS$1 bilion (RM4.7 bilion).

Bagaimanapun, Shell yang memiliki rangkaian stesen minyak kedua terbesar di negara ini, enggan mengulas mengenai rundingan berkenaan, namun mengakui Malaysia adalah negara penting kepada syarikat itu.

Syarikat Saudi Aramco juga enggan mengulas mengenai laporan berkenaan.

Menurut laman webnya, Shell, syarikat yang berpangkalan di London memiliki kira-kira 950 stesen minyak di seluruh negara Asia Tenggara. 

Manakala, PETRONAS, syarikat milik kerajaan Malaysia adalah pengendali terbesar rangkaian stesen minyak di Malaysia.

Mengikut sumber Reuters, rundingan terbabit bermula pada akhir 2023 dan perjanjian mungkin dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang.

Sementara dua sumber yang diberi taklimat mengenai perkara itu meramalkan potensi urus niaga pada kira-kira RM4 bilion hingga RM5 bilion ringgit (AS$844 juta hingga AS$1.06 bilion).

Selain stesen minyak, Shell turut menjual minyak pelincir industri, mengeluarkan minyak mentah dan gas asli di luar pesisir Sarawak dan Sabah, syarikat itu turut menjalin kerjasama sebagai rakan kongsi dalam dua usaha niaga gas asli cecair (LNG).

Difahamkan, penjualan itu adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Shell, Wael Sawan untuk memberi tumpuan operasi syarikat kepada sektor perniagaan yang paling menguntungkan.

Shell berkata, ia sedang berusaha menjual 500 stesen minyak tahun ini dan seterus pada tahun depan. Malah, ia sedang dalam proses menjual kilang penapisan dan petrokimia di Singapura.

"Laporan mengenai langkah Shell menjual stesen minyaknya di Malaysia adalah konsisten dengan keputusanya menjual loji penapisannya di Pulau Bukom di Singapura, yang menyalurkan bekalan kepada rangkaian stesen minyaknya," kata salah satu sumber kepada Reuters.

Ketika ini, Saudi Aramco tidak mempunyai stesen minyak di Malaysia, walaupun ia memiliki 50 peratus daripada 300,000 tong sehari (bpd) penapisan Pengerang di Johor hasil usaha sama dengan PETRONAS, yang menjual bahan api di dalam negara dan juga untuk tujuan eksport.

Bagaimanapun, Aramco mengendalikan rangkaian stesen minyak di Arab Saudi dan juga beberapa di lokasi lain hasil saha sama dengan TotalEnergies dari Perancis dan S-Oil Corp, Korea Selatan. - Getaran, 7 Mei 2024

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'