web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Funikular Bukit Bendera Kini 100 Tahun, Pos Malaysia Lancar Setem Kenang-Kenangan, Sampul Surat Hari Pertama 

Pengumpul setem kenangan-kenangan dan sampul surat pertama jangan terlepas peluang untuk dapatkan koleksi terbaharu daripada Pos Malaysia Berhad ini

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2023 8:24AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan Malaysia dengan kerjasama Penang Hill Corporation (PHC) baru-baru ini melancarkan setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama sempena meraikan sambutan ulang tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera.

Sejak penubuhannya  pada 21 Oktober 1923, mod pengangkutan unik ini telah berkhidmat kepada lebih 47 juta pengunjung yang terdiri daripada pelancong tempatan dan antarabangsa, serta penduduk dan komuniti setempat bagi menikmati keindahan Bukit Bendera. 

Funikular Bukit Bendera berdiri megah sebagai mercu tanda yang unik dan satu-satunya di Malaysia dan ASEAN.

Pelancaran yang diadakan di Bukit Bendera telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang,  Chow Kon Yeow dan turut dihadiri mantan Ketua  Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bersama beberapa tetamu kehormat yang lain.

Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia Berhad ,Fiona Liao berkata, pelancaran edisi khas setem kenang-kenangan dan sampul surat hari pertama sempena sambutan ulang tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera menjadi bukti dedikasi kolektif Pos Malaysia untuk memelihara warisan negara dan meraikan kemajuannya. 

“Kami amat gembira kerana dapat merangkum sejarah Funikular Bukit Bendera dan peranannya dalam menyatukan generasi dalam bentuk setem dan sampul hari pertama, kerana ia menjadi peringatan terhadap daya tahan dan dedikasi kami menuju ke arah kemajuan.

“Sama seperti Funikular Bukit Bendera yang telah bertahan selama 100 tahun, Pos Malaysia, dengan warisan yang menjangkau lebih dua abad akan terus berkembang, menerima apa jua cabaran dan kekal setia kepada misi teras untuk memenuhi mandat kami kepada rakyat.

“Dalam setiap setem yang dikeluarkan, setiap bungkusan yang dihantar, dan setiap komuniti yang kami santuni, Pos Malaysia kekal teguh dalam tujuannya untuk membina kepercayaan dalam menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang,” katanya.

Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia Berhad (kiri) bersama YBhg Dato' Cheok Lay Leng, Pengurus Besar Penang Hill Corporation (tengah), dan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang semasa majlis pelancaran
Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia Berhad (kiri) bersama YBhg Dato' Cheok Lay Leng, Pengurus Besar Penang Hill Corporation (tengah), dan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang semasa majlis pelancaran

Karya seni utama setem menampilkan tiga generasi funikular: funikular kayu generasi pertama yang beroperasi dari 1923 sehingga 1977; funikular generasi kedua berwarna merah dan putih yang beroperasi dari 1977 sehingga 2010 dan funikular generasi ketiga trek tunggal yang telah beroperasi sejak 2011 sehingga kini.

Setem kenang-kenangan dan sampul hari pertama edisi terhad boleh didapati secara dalam talian dan di pejabat pos terpilih di seluruh Malaysia mulai 22 Ogos 2023 pada harga RM64.20 untuk setiap set lengkap. 

Antara item yang boleh didapati ialah Lembaran Setem Generasi Pertama (RM6.00) Lembaran Setem Generasi Kedua (RM12.00), Lembaran Setem Generasi Ketiga : (RM26.00) dan Sampul Surat Hari Pertama beserta Setem (RM2.70).

Untuk maklumat lanjut mengenai setem dan produk filateli lain, unit Setem dan Filateli Pos Malaysia boleh dihubungi melalui telefon di 03-2267 2000 atau e-mel pertanyaan anda ke [email protected]. Ikuti perkembangan terkini dengan perkhidmatan, aktiviti dan kemas kini lain Pos Malaysia di www.pos.com.my, Facebook, Twitter, Instagram, Tik Tok, YouTube dan LinkedIn. - Getaran, 26 Ogos 2023

Foto : Pos Malaysia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 23 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN