Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Pameran TrioSs Cara Seniman Berhubung Dengan Penggemar Seni

Seni ada pelbagai jenis dan pembuatnya tidak hanya berhenti di satu generasi. Kenali tiga generasi seniman hebat anak Johor lewat pameran TrioSs.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2021 8:30AM

Pengarah YWJ, Sharil Nizam Abdul Rahim ketika merasmikan Pameran TrioSs: Seniman Selatan. Gambar: Yayasan Warisan Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terdapat pelbagai jenis lukisan atau karya seni yang selalu kita lihat, namun jika kita bukan seorang yang berjiwa seni, sering kita gagal menterjemah apa sebenarnya maksud ingin disampaikan pelukis melalui hasil karya mereka.  

Kita harus memahami, menerusi hasil seni, ada cerita tersendiri yang ingin disampaikan pelukis itu, namun bagaimana orang ramai ingin memahaminya jika ia tidak dipamerkan.  

Pameran menjadi aktiviti yang akan mengangkat sesebuah karya untuk dipertontonkan kepada khalayak dan ia medium penting untuk mendekatkan seni dengan masyarakat, selain berupaya menyemarakkan perkembangan seni lukis.  

Maka, Yayasan Warisan Johor (YWJ) mengambil inisiatif menganjurkan Pameran TrioSs: Seniman Selatan bagi mengetengahkan hasil karya seni tiga seniman hebat yang amat dikagumi penggemar seni di negeri ini.  

Tiga tokoh yang dikenali dalam bidang seni visual ini akan mempamerkan karya pilihan mereka yang mampu menjadi kayu ukur sumbangan seniman dan kepentingan karya dalam konteks perkembangan seni lukis Johor dan negara, nilai sejarah, kesesuaian tema dan juga penampilan karya terbaharu setiap daripada mereka. 

Pelukis atau seniman dimaksudkan adalah otai pelukis Sanip Lasman, seniman arca generasi, kedua, Rosli Zakaria dan seniman muda, Fakhrul Zaman Mohd Sambas yang mana mereka berada dalam liga tersendiri dan mewarnai dunia seni negeri Johor mahu pun kebangsaan dan antarabangsa.

 Dengan mengambil tema 'Berpesan-pesan', ia dikaitkan dengan hasil karya tiga seniman ini yang dilihat sering membawa pelbagai pesanan dan pengajaran. 

Semua karya yang dipamerkan adalah himpunan karya yang membawa sesuatu makna atau nilai yang tersirat di dalamnya.

Dengan tiga generasi seniman ini pastinya menjadi salah satu dokumentasi yang amat berharga. 

Mengenali Sanip pada usia 82 tahun, beliau adalah pelukis generasi pertama yang kukuh bertapak dengan stail abstrak sehingga hari ini dan telah memahat nama dalam dunia seni tanah air serta antarabangsa.

Beliau turut menggerakkan dunia seni lukis Johor melalui penubuhan Persatuan Pelukis Negeri Johor (SERUPA) yang diterajuinya bermula 1998 sehingga 2015.

 Pengarca Rosli, menjadi antara pengarca generasi kedua selepas Anthony Lau dan Zakaria Awang apabila terbabit secara langsung dalam dunia seni mulai 1990 hingga kini, dengan menonjolkan karya arca secara konsisten. 

 Sehingga kini, pelbagai arca dihasilkan beliau dengan menyentuh soal budaya dan masyarakat setempat serta pelbagai pesanan dan pengajaran disampaikan menerusi arca beliau.

 Pameran ini dilengkapi dengan karya yang ditampilkan seniman muda, Fakhrul Zaman yang bergerak aktif selaku pelukis dan meneruskan legasi Sanip selaku Presiden SERUPA bermula 2015 dan sebagai pengasas Hujung Tanah Art Residency (HTAR).

 Fakhrul menjadi ikon seniman anak muda di Johor malahan di peringkat kebangsaan kerana beliau tidak terikat dengan satu-satu stail atau aliran dalam pengolahan karyanya.

 Melalui pelbagai gaya kontemporari, Fakhrul lebih mesra menggunakan imej kajian yang dekat dalam kehidupan seharian untuk diterjemah melalui mesej yang mudah disampaikan kepada penerimanya.

Pameran TrioSs ini dianjurkan bertujuan menyampaikan pesanan dan pengajaran melalui karya seni visual selain menyemarakkan dunia seni visual negeri Johor.  

Ia juga sebagai pemangkin gerakan seni anak-anak muda negeri Johor dan menjadi satu dokumen sejarah perkembangan seni negeri Johor. 

Pada masa sama, Pengarah YWJ, Sharil Nizam Abdul Rahim yang merasmikan pameran berkenaan berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk memastikan peranan dan fungsi YWJ dapat terus dilaksanakan meski pun wabak atau pandemik COVID-19 telah menyebabkan darurat kesihatan dan melumpuhkan ekonomi di seluruh dunia.  

"Sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab bagi memperkasakan seni, budaya dan warisan berteraskan warisan negeri ke arah mengukuhkan jati diri, YWJ sentiasa menyokong usaha penggiat seni, sejarah dan warisan bersama-sama melestarikan warisan dan mewujudkan produk pelancongan. 

"Justeru, Pameran TrioSs: Seniman Selatan yang bertemakan ‘Berpesan-pesan’ ini merupakan salah satu pelan pemulihan sektor pelancongan dan kebudayaan yang menjadi tanda kesungguhan pihak kerajaan negeri untuk terus memastikan kesejahteraan rakyat dan negara," katanya. 

Beliau juga berharap agar usaha YWJ dalam merancang program dan aktiviti pemuziuman ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan menghayati dan menghargai sejarah serta budaya negara. 

Selain itu, katanya, YWJ juga akan sentiasa berkongsi dan menyebarkan maklumat berkaitan bukti sejarah dan budaya serta khazanah warisan negeri ini agar dapat dikenali dan mendapat tempat di hati masyarakat serta menjadi bukti kekayaan warisan sejarah dan budaya negara yang menjadi kebanggaan kita.

"Ini menunjukkan kesungguhan kami di YWJ yang sentiasa menggerakkan tenaga kerja untuk lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian dan perkongsian semua program serta aktiviti permuziuman kepada masyarakat dan penggiat-penggiat seni dan budaya.

"Semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mendepani keadaan yang semestinya lebih mencabar," katanya. 

Pameran TrioSs: Seniman Selatan 'Berpesan-pesan' ini berlangsung selama tiga bulan bermula 8 April hingga Julai nanti di Galeri Seni Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, YWJ, Johor Bahru. - Getaran, 20 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Yayasan Warisan Johor dan Instagram @yayasanwarisanjohor

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 2 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 1 minggu yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 17 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar