web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PPAPP Gamit Nostalgia P. Pinang Dengan Koleksi Nadir

Bila kali terakhir anda ke perpustakaan? Tahukah anda PPAPP di Penang mempunyai koleksi nadir yang cukup menarik untuk diterokai.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2021 3:10PM

Penolong Pustakawan PPAPP menunjukkan koleksi buku yang berusia lebih 100 tahun yang disimpan di PPAPP. Gambar: K. Ganeson, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak penubuhannya pada 1817, Penang Library yang kini dikenali sebagai Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), menyimpan rapi lebih 10,000 koleksi nadir yang mempunyai nilai sentimental dan sejarah tersendiri.

Pustakawan PPAPP Azizah Zainon berkata koleksi tersebut merangkumi buku ilmiah, majalah, gambar lama, surat perjanjian, kitab agama, surat khabar serta lakaran peta berusia ratusan tahun.

"Koleksi berkenaan adalah bahan atau sumber peninggalan pihak tertentu dan individu terdahulu di perpustakaan ini yang pada ketika itu dikenali sebagai Penang Library.

"Kesemua koleksi tersebut mencerminkan identiti Pulau Pinang pada ketika itu dan ada koleksi yang berusia lebih 400 tahun iaitu sejak 1600 atau kurun ke-17," katanya ketika ditemui Bernama di PPAPP dekat Seberang Jaya, di sini semalam.

Koleksi paling berharga katanya ialah kitab Bible yang diterbitkan pada 1677 dan lakaran peta George Town pada 1877.

Peta George Town yang dilakar menggunakan tangan pada tahun 1877. Gambar: K. Ganeson, Bernama
Peta George Town yang dilakar menggunakan tangan pada tahun 1877. Gambar: K. Ganeson, Bernama

"Koleksi nadir yang terdapat di PPAPP ditempatkan di dalam sebuah bilik khas iaitu Koleksi Khas Pulau Pinang yang dikawal selia oleh empat pustakawan secara bergilir-gilir, malah kita tidak akan membenarkan akses kepada orang luar bagi menjaga koleksi memandangkan ada tekstur muka surat di dalam sesetengah buku yang sudah reput dan memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

Menurutnya, bilik khas tersebut dilengkapi sistem kawalan keselamatan yang tinggi dan suhu bilik juga dikawal bagi memastikan keadaan bilik sentiasa kering.

"Jika apa-apa berlaku ke atas perpustakaan ini, bilik ini akan diselamatkan terlebih dahulu kerana sumber dan bahan yang ada ini tidak mungkin diperoleh oleh mana-mana perpustakaan yang ada di Malaysia malah dunia sekalipun," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Azizah menyatakan bahawa PPAPP kini dalam usaha mendigitalkan koleksi nadir terpilih ke dalam bentuk cakera padat dan mikrofilem bagi memudahkan pengkaji sejarah mahupun individu yang berminat untuk menjadikan sesebuah bahan nadir itu sebagai rujukan.

Koleksi tulisan tangan yang berusia lebih 119 tahun disimpan di PPAPP. Gambar: K. Ganeson, Bernama
Koleksi tulisan tangan yang berusia lebih 119 tahun disimpan di PPAPP. Gambar: K. Ganeson, Bernama

"Setakat ini kami sudah mendigitalkan bahan nadir terpilih sebanyak 60 peratus, malah kita akan cuba mendigitalkan sebanyak mungkin koleksi yang dirasakan mempunyai nilai sejarah yang penting dan berkaitan dengan perkembangan sejarah Pulau Pinang itu sendiri," katanya.

Beliau juga berkata PPAPP melaksanakan pemuliharaan koleksi menggunakan teknologi canggih yang dikendalikan pustakawan bertauliah bagi mengekalkan kualiti tulisan dan gambar bahan terbabit.

Antara koleksi yang menarik perhatian Bernama ialah surat khabar sejak zaman pendudukan British dan Jepun sekitar 1940-an dan 1950-an seperti Malai Simpo (akhbar edisi bahasa Inggeris pada zaman Jepun, 1943), Penang Shimbun (akhbar edisi bahasa Inggeris zaman Jepun, 1943), Sunday Gazette (akhbar zaman British,1952 dan 1953) dan juga The Straits Eco (akhbar zaman British pada 1957) yang telah dijilidkan oleh PPAPP untuk dijadikan sumber rujukan oleh peminat bahan bersejarah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 16 jam yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 18 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 6 hari yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN