web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin Pin Pin Pom! Cipta Sejarah Di Singapura  

Diarahkan Siti Rohayah Atan, pementasan teater muzikal Upin & Ipin Pin Pin Pom! ini dihadiri hampir 3,000 penonton berbayar. 

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 4:00PM

Hampir 3000 penonton berbayar memenuhi Stadium Tertutup Singapura untuk menyaksikan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!. - Gambar oleh Les’ Copaque Production

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! terbitan Les’ Copaque Production yang dipentaskan di Stadium Tertutup Singapura pada 18 Disember lalu telah menempa sejarah apabila dihadiri hampir 3,000 penonton berbayar. 

Pencapaian luar biasa ini amat membanggakan kerana ini merupakan julung-julung kalinya ia dipentaskan di Kota Singa itu dan merupakan negara pertama di dalam rangkaian jelajah antarabangsa.

Pengarahnya, Siti Rohayah Atan berkata, memang pihaknya tidak menyangka sama sekali, bahkan terkejut dengan sambutan yang diberikan terhadap pementasan teater tersebut. 

Gambar oleh Les’ Copaque Production
Gambar oleh Les’ Copaque Production

“Semangat kami memang berkobar-kobar untuk menjayakan produksi ini dari sebelum hingga selepas pementasan. 

“Apatah lagi, ia merupakan produksi pertama Teater Muzikal Upin & Ipin   yang membuat pementasan secara besar-besaran di peringkat antarabangsa. 

“Dan misi kami sekarang ini memang untuk membawa pementasan muzik Upin Ipin menjelajah di di negara-negara luar,” katanya. 

Menurut Siti Rohayah lagi, kejayaan teater Muzikal Upin & Ipin di Singapura juga bertitik-tolak daripada usaha mereka untuk membawa dan menjunjung produk buatan Malaysia itu sendiri. 

“Produk buatan kita, kalau dijaga, dipupuk dan dipersembahkan dengan secara baik dan teliti, ia memang akan mampu mendapat sambutan. 

“Kita harap Upin Ipin akan terus menjadi jenama yang dapat membawa masyarakat luar untuk terus kenal tentang seni, budaya dan negara kita, Malaysia. 

“Dalam pementasan ini, kita tidak lupa untuk mengekalkan seni dan budaya kita. Bahkan, dalam 10 lagu yang dipersembahkan di dalam pementasan ini, ia mengandungi pelbagai genre muzkk yang berbeza. Ada dikir barat, irama Malaysia, dangdut, jazz dan sebagainya,” katanya. 

Asyiela Putri - Gambar oleh Les’ Copaque Production
Asyiela Putri - Gambar oleh Les’ Copaque Production

Pementasan teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! mengisahkan tentang pengembaraan Upin dan Ipin ke dalam dunia magik Pin Pin Pom demi menyelamatkan kawan-kawan mereka dari Nenek Kebayan. 

Penuh dengan aksi yang mendebarkan dan mencuit hati disamping dengan lagu-lagu yang menghiburkan, pementasan eater ini juga dilakonkan sepenuhnya oleh maskot-maskot watak dengan kostum mereka beserta penggunaan teknologi multimedia serta kesan khas ketika persembahan.

Turut hadir adalah pelakon suara Upin dan Ipin iaitu Asyiela Putri ketika sesi ramah mesra bersama peminat. Penonton yang hadir juga terdiri dari warga Singapura, Malaysia malahan ada juga dari Indonesia. 

Gambar oleh Les’ Copaque Production
Gambar oleh Les’ Copaque Production

Ini membuktikan pementasan teater ini boleh dieksport ke luar negara seperti Indonesia, Brunei, negara-negara Asia Barat serta kemungkinan besar ke London kerana terdapat permintaan yang cukup besar di sana. 

Pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! ke luar negara ini sudah tentulah dapat mengharumkan nama negara Malaysia ke persada dunia di dalam bidang animasi. Pihak Les’ Copaque Production akan sentiasa menghasilkan produk yang bertaraf global. – Getaran, 22 Disember 2022 

Gambar oleh Les’ Copaque Production
Gambar oleh Les’ Copaque Production

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad