Berita Terkini

1 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 1 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 1 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 1 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT 1 jam yang lalu: Chang sertai lawatan PM ke China, intai peluang pelaburan berkaitan sains, teknologi, inovasi

IKUTI KAMI


Kerana Cinta, Wanita Ini Tukar Vila Sendiri Menjadi Galeri!

Edith menukar vila mewah dua tingkatnya kepada sebuah galeri yang dipenuhi dengan hasil seni dan karya para seniman. Ini benar-benar manifestasi cinta yang paling dalam.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2021 2:20PM

Semua gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada banyak cara orang meluahkan cinta. Bagi Edith Ho, wanita kelahiran Perancis, cintanya terhadap seni diterjemahkan dengan menukar kediamannya kepada sebuah galeri yang dipenuhi dengan hasil lukisan para seniman dari seluruh dunia.

Edith meraikan kehadiran penulis di kediamannya yang juga sebuah galeri yang diberi nama Gallery des Artistes dengan tangan terbuka. Galeri tersebut dipenuhi dengan bermacam karya daripada pop art sehinggalah kepada seni kontemporari Perancis. 

Lahir dan membesar di Perancis, sebuah kota yang kaya dengan kisah cinta, muzium dan galeri. Seni sudah sebati dengan dirinya sejak kecil. Apalagi ibunya orang memang suka melukis. Bercerita tentang sejak bila cinta ini tumbuh, Edith mengakui ia sudah ada sejak dia masih kanak-kanak. 

“Apa yang paling mengesankan saya  sepanjang hidup ialah apabila ibu saya melawat kawannya di Denmark yang juga menukarkan rumahnya kepada sebuah galeri. Saya rasa ia idea yang sangat hebat apabila rumahnya dipenuhi dengan hasil seni di setiap sudut termasuklah di taman. 

“Bayangkan ada lukisan tergantung di pokok. Memang menakjubkan!  Dia juga banyak bergaul dengan pelukis dan artis. Saya rasa ia menyeronokkan kerana dia boleh lakukan apa yang dia suka dalam hidup,” katanya ketika ditemui Getaran di Tropicana Golf and Country Resort.

Sebenarnya, Edith tinggal di negara Asia jauh lebih lama daripada Eropah. Selepas berkahwin dengan suaminya, Edwin Ho, mereka sempat tinggal di Hong Kong selama 15 tahun. Kemudian, barulah mereka berpindah ke Malaysia. 

“Setelah mempunyai tiga orang anak dan semuanya masih membesar. Saya fikir, ini adalah masa terbaik untuk cari satu tanah dan buat rumah. Jadi, kami buat keputusan untuk bangunkan villa ini sebagai tempat tinggal kami sekeluarga.

“Dua daripada tiga orang anak saya tinggal di Eropah. Jadi untuk mengisi kekosongan itu. Saya menukarkan rumah yang besar ini kepada semua galeri seni seperti apa yang saya idamkan sejak dulu,” tambahnya.

Bercakap tentang hasil karya dan seni yang ada di dalam galeri ini. Edith berkata terdapat hasil seni yang dikumpulkan sejak 30 tahun lepas ketika dia dan suami pergi mengembara ke seluruh dunia. Bukan itu sahaja, setiap hasil karya yang dipilih untuk dipersembahkan dalam galeri miliknya juga bukan calang-calang dan perlu memiliki kecantikan yang unik di mata Edith. 

“Sebelum COVID-19 melanda dunia, saya selalu ke Eropah untuk mengunjungi festival seni di sana. Ada artis yang saya kenali selepas berkunjung ke festival tersebut. 

“Bila saya pergi ke mana-mana festival seni, saya ternampak sesuatu yang menarik perhatian saya, saya akan mencari siapakah artis tersebut dan berbual dengan mereka. 

“Kadangkala saya melawat studio mereka. Lama kelamaan kami menjadi sahabat.

“Selalunya bila ada pengunjung yang datang melawat galeri ini. Saya juga akan bercerita tentang seni dan mesej di sebalik hasil seni  mereka,” tambahnya lagi.

“Hasil karya ini dihasilkan oleh seorang lelaki yang berumur 60 tahun. Dia seorang atuk dan mempunyai dua orang cucu perempuan. Kalau nampak watak perempuan dalam hasil seni ini, ia menunjukkan seorang perempuan sedang duduk, menari di atas geomatrika ini.

“Struktur ini menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh perempuan. Bila seorang wanita berkahwin, kita ada beberapa tanggungjawab. 

“Mesej artis ini ialah seolah-olah ingin mengatakan wanita sebenarnya sangat kuat. Datanglah banyak mana pun cabaran, kita mampu mengawalnya dan tidak akan terjatuh. 

“Jika seseorang tahu cerita dan mesej di sebalik lukisan ini. Ia  akan memberikan makna yang lebih besar kepada hasil seni tersebut.

“Bukan itu sahaja, lihatlah lukisan ini. Kalau orang tidak faham maksud di sebalik lukisan ini mungkin mereka akan kata lukisan ini sangat kebudak-budakan. 

“Tapi  artis  yang menghasilkan lukisan ini mempunyai dua orang anak yang baru berumur tiga dan lima tahun. Mereka menghasilkan lukisan ini untuk memberitahu dunia bagaimana kanak-kanak melihat dunia,” cerita Edith. 

Lukisan dan hasil karya dalam galeri ini juga dijual oleh Edith jika ada penggemar seni yang benar-benar menginginkannya. 

Memandangkan galeri ini juga merupakan kediaman bagi Edith sekeluarga, orang ramai boleh membuat tempahan untuk memaklumkan kehadiran mereka dengan menghubungi media sosial galeri ini di Instagram @gallerydesartistes.

Jika anda ingin melihat dengan lebih dekat hasil karya seni yang mempunyai teknik berbeza dengan seni di Malaysia, Galeri Edith Ho ini adalah tempatnya! - Getaran, 22 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Thaipusam Satu Ciri Unik Kepelbagaian Budaya Masyarakat Malaysia - PAS

2

Selera 2 bulan yang lalu

Baulu Gulung Dan Tart Keju Farah Zulaika 'Wowkan' Pelanggan Dengan Warna, Lakaran

3

TARA 2 bulan yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

4

TARA 2 bulan yang lalu

Poetic Spring Garden Pamerkan Keindahan Seni Kaligrafi Cina  

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Jatuh Cinta Dengan Sahabat Sendiri, Tetapi Memilih Untuk Pendam Perasaan, Luahan Adrianna Terhadap 'Sayang'

oleh Wafa Aula

Selebriti 6 jam yang lalu

Hakim Syarie Nasihat Farid Kamil - Diana Berdamai

Hakim turut memerintahkan pasangan itu melantik wakil masing-masing dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei ini untuk mengetahui laporan jawatan...

Selebriti 13 jam yang lalu

Semoga Taman Syurga Kita Bebas Dari Babi Yang Menyondol Dan Serangga Perosak - Nazrief Nazri

Ucapan Nazrief Nazri kepada isterinya itu turut mendapat perhatian Puteri Sarah Liyana.

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Samsons Adalah Sebuah Jenama, Siapa Pun Vokalisnya, Ia Tidak Harus Dipertikaikan - Irfan Samsons

oleh Rubini Nagarajah