web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Rentak Bumi 2.0’ - Sebuah Penerokaan Budaya Dan Warisan Tarian Rangkuman Tradisional Dan Moden 

Dianjurkan tiga kumpulan tarian terkemuka di Malaysia, produksi ‘Rentak Bumi 2.0’ adalah salah satu program ArtsFAS, inisiatif anjuran Yayasan Hasanah. 

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Uniknya Malaysia kerana ia begitu  terkenal dengan kekayaan pelbagai khazanah seni, budaya dan warisan serta masih mengekalkan tradisi serta turun-temurun buat generasi akan datang.

Justeru itu, sebagai satu langkah alternatif bagi mempertingkatkan lagi kekayaan pelbagai khazanah seni, budaya dan warisan negara, produksi ‘Rentak Bumi 2.0’ bakal menampilkan pementasan tarian yang mempromosikan kekayaan dan keunikan pelbagai budaya di Malaysia.

Dianjurkan  tiga kumpulan tarian terkemuka di Malaysia iaitu  Dua Space Dance Theatre, Sutra Foundation dan DiDance,  produksi ‘Rentak Bumi 2.0’ adalah salah satu program ArtsFAS, inisiatif anjuran Yayasan Hasanah. 

“Inisiatif di bawah Yayasan Hasanah yang berpegang teguh kepada misi memelihara dan meraikan kesenian negara terutamanya yang diancam arus kemodenan. 

“Badan ini memainkan peranan penting di dalam penganjuran acara ini, sekaligus membolehkan kami memberikan inspirasi buat artis generasi baru dalam bidang persembahan visual dan seni persembahan,” kata, Pengasas dan Pengarah Artistik Sutra Foundation Datuk Ramli Ibrahim.

Program ‘Rentak Bumi 2.0’ yang bakal menemui peminat seni terutamanya seni tari pada Disember ini merupakan sinambungan progam ‘Rentak Bumi’ pada tahun lepas.

Ia akan  menampilkan  enam persembahan tarian secara virtual yang akan menyaksikan kemegahan dan kekayaan kesenian tarian Melayu, Cina dan India dengan rangkuman persembahan tarian tradisional sehinggalah ke tarian moden.

‘Tryambakam’ dan ‘Jinjoti Pallavi’ oleh Sutra Foundation.
‘Tryambakam’ dan ‘Jinjoti Pallavi’ oleh Sutra Foundation.

Antara persembahan yang bakal disajikan oleh ‘Rentak Bumi 2.0’ ‘Tryambakam’ dan ‘Jinjoti Pallavi’ oleh Sutra Foundation.

Seterusnya adalah, ‘Crossroad’ dan Palu Sa-Iring’ oleh DiDance, diikuti dengan ‘Ornaments of Grace’ dan ‘The Pulse of Rainforest’ oleh Dua Space Dance Theatre.

Program ‘Rentak BUMI 2.0’ akan dipentaskan selama tiga hari bermula daripada 16 hingga 18 Disember ini,  jam 8.30 malam di Panggung Bandaraya DBKL.

‘Crossroad’ dan 'Palu Sa-Iring’ oleh DiDance.
‘Crossroad’ dan 'Palu Sa-Iring’ oleh DiDance.

Rentak Bumi 2.0 juga akan menganjurkan satu ceramah-demonstrasi khas bertajuk - ‘Behind the Making of Rentak Bumi’ - salah satu cara untuk mendekati pelajar seni persembahan dan mana-mana pihak lain yang berminat untuk mendalami perihal belakang tabir produksi ini. 

Sesi ceramah-demonstrasi khas ini akan dikendalikan oleh para pengarah artistik dari kumpulan-kumpulan tarian yang terlibat di dalam pementasan ini. 

Mereka akan menawarkan perspektif unik mereka serta bercerita mengenai usahasama kreatif yang telah berlaku sepanjang proses menjayakan persembahan Rentak Bumi yang kini bakal dipentaskan sebagai Rentak Bumi 2.0.

‘Ornaments of Grace’ dan ‘The Pulse of Rainforest’ oleh Dua Space Dance Theatre.
‘Ornaments of Grace’ dan ‘The Pulse of Rainforest’ oleh Dua Space Dance Theatre.

Ia dijadualkan berlangsung pada 6 petang, sejurus sebelum persembahan terakhir yang akan diadakan pada tarikh 18 Disember 2022.

Para peminat seni budaya serta peminat-peminat tarian boleh mendapat tiket pada harga RM30, RM50 dan RM100 di talian www.cloudjoi.com – Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sofyank Rancang Tubuh Syarikat Produksi Akhir Tahun Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

KKD Sokong Usaha Bawa Masuk Peralatan Studio Produksi Maya

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

FIMI Beri Impak Ekonomi RM2.53 Bilion Sejak 2013 - Fahmi

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

“Andai Tak Cukup ‘Handphone’ Kerana Susah Nak Dihubungi, Saya Sudi Hadiahkan Satu” – Datuk Adi Putra

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 23 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN