web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Andai Tak Cukup ‘Handphone’ Kerana Susah Nak Dihubungi, Saya Sudi Hadiahkan Satu” – Datuk Adi Putra

Adi menyampaikan mesej berkenaan kepada pihak Studio Kembara dan turut  memberitahu bahawa dia tidak akan hadir ke tayangan gala filem Mat Kilau yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2022 10:00AM

Adi Putra - Gambar dari Instagram Adi Putra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika seluruh Malaysia masih lagi sedang meraikan kejayaan filem Mat Kilau yang berjaya mengumpul lebih RM90 juta, tiba-tiba timbul pula cerita kurang enak yang melibatkan pelakon utamanya iaitu Datuk Adi Putra dengan  syarikat produksi Studio Kembara Sdn Bhd.

Menerusi hantaran terbaru Adi yang dimuatnaiknya di Instagram malam tadi, dia telah menyampaikan sebuah mesej ‘pedas’ kepada syarikat produksi itu.

“Assalamualaikum, kepada Studio Kembara Sdn Bhd, andai tidak cukup ‘Handphone’ (telefon bimbit), kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu handphone agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

Akan kerana ini, saya manfaatkan media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara dan In Sha Allah, saya tidak akan hadir ke tayangan gala filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih,” tulisnya dalam mesej itu. 

Sementara itu di bahagian komen, kelihatan sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama @filem_matkilau telah membalas mesej yang disampaikan Adi.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku. Pihak Studio Kembara sudah ambil maklum berkenaan mesej ini. Kami panjangkan kepada pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya,” tulisnya.

Salah seorang pelakon Mat Kilau iaitu Johan Asaari turut dilihat memberikan komen di hantaran berkenaan dengan menulis jika Adi tidak hadir ke malam gala tayangan filem berkenaan di Jakarta, dia juga berat hati untuk hadir ke majlis tersebut.

Semoga segala perselisihan faham yang berlaku di antara Adi dan pihak produksi akan dapat diselesaikan segera dengan cara baik. – Getaran, 12 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

PM Tegaskan Hak Asasi Rakyat Palestin Mesti Dihormati

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Prinsip Kematangan, Kedewasaan Harus Jadi Naratif Baharu Generasi Muda Malaysia - Indonesia

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN