web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FIMI Beri Impak Ekonomi RM2.53 Bilion Sejak 2013 - Fahmi

FIMI juga membantu menjana ekonomi setempat sebanyak RM8.68 bilion sepanjang tempoh itu kerana sekiranya berlangsung penggambaran, ia turut merangsang aktiviti seperti pelancongan, perhotelan, pengangkutan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 7:14PM

Fahmi Fadzil berkata impak tersebut meliputi peningkatan gaji kru dan pelakon yang terlibat dalam produksi, sewaan studio serta peralatan produksi - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) memberi impak ekonomi secara langsung sebanyak RM2.53 bilion melalui aktiviti berkaitan perfileman sejak mula dilaksanakan pada 2013.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata impak tersebut meliputi peningkatan gaji kru dan pelakon yang terlibat dalam produksi, sewaan studio serta peralatan produksi.

Beliau berkata FIMI juga membantu menjana ekonomi setempat sebanyak RM8.68 bilion sepanjang tempoh itu kerana sekiranya berlangsung penggambaran, ia turut merangsang aktiviti pelancongan, perhotelan, pengangkutan, perkhidmatan sajian makanan, perkhidmatan perundangan dan lain-lain faedah di kawasan terlibat. 

“Ini satu perkara yang bagus dan kementerian akan berusaha mendapatkan dana tambahan bagi program FIMI bagi tahun-tahun akan datang,” katanya pada sidang media di Parlimen selepas selesai menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat dasar bagi Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.

Fahmi berkata inisiatif FIMI dilaksanakan sebagai usaha KKD menyokong hab pusat penggambaran dengan menawarkan 30 peratus rebat tunai berdasarkan Kos Produksi di Malaysia (QMPE) kepada produksi filem dan televisyen dalam dan luar negara yang menjalankan penggambaran di negara ini.

Beliau berkata tambahan maksimum lima peratus rebat juga diberikan sekiranya produksi tersebut turut memaparkan elemen seni dan kebudayaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...