web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sofyank Rancang Tubuh Syarikat Produksi Akhir Tahun Ini

Sofyank yang terkenal dengan bakat mencipta kandungan digital VFX atau kesan visual berkata penubuhan syarikat itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi bidang berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 6:18PM

Sofyank ketika Program Luncheon Talk Sofyank bersama para pelajar UiTM, UTEM dan ASWARA di Dewan Cendekiawan, IPPTAR hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pereka kandungan digital tanah air, Mohamad Sofian Abdullah, 27, atau lebih dikenali sebagai Sofyank merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.

Sofyank yang terkenal dengan bakat mencipta kandungan digital VFX atau kesan visual berkata penubuhan syarikat itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih ramai bakat tempatan untuk menceburi bidang berkenaan.

"Saya mahukan sebuah pasukan yang ramai dan penuh dengan individu yang kreatif seperti pasukan Zach King, sehingga boleh menghasilkan pelbagai video menarik dan hebat," katanya kepada pemberita selepas program Luncheon Talk: VFX Designer Sofyank, di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) di sini hari ini.

Pemenang pertandingan 'Ultimate VFX Challenge - 'Magic of the Month' di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini itu turut melihat penubuhan syarikat berkenaan akan memberi ruang masa untuknya melanjutkan pelajaran pada masa akan datang.

"Ini kerana, buat masa ini, saya hanya bergerak sendiri terutama dalam membuat kerja-kerja suntingan. Jadi, apabila sudah ada syarikat produksi, saya fikir mungkin akan ada lebih banyak masa untuk diri sendiri," katanya.

 Pada masa sama, anak kelahiran Wakaf Bharu, Kelantan ini bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana individu atau syarikat dalam menghasilkan karya video kreatif.

Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ditanya Mengapa Ikuti Akaun TikTok Sofyank, Rafizi Kata…

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Ucap Tahniah, Sifatkan Kemenangan Sofyank Banggakan Negara Di Persada Antarabangsa

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKD Sokong Usaha Bawa Masuk Peralatan Studio Produksi Maya

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

FIMI Beri Impak Ekonomi RM2.53 Bilion Sejak 2013 - Fahmi

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 20 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN