web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kunkwan Got Talent Meraikan Pelbagai Bakat Pelajar Malaysia

Program ini berjaya membuktikan bahawa penguasaan bahasa boleh diraih oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Chinese Language Day), Kunkwan International Mandarin Training Centre telah mengadakan program Kunkwan’s Got Talent. Sejajar dengan seruan kerajaan untuk membendung COVID-19, program ini diadakan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.

Menurut, Pengurus Besar Kunkwan Sdn. Bhd, Kent Ng, “Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat sekaligus meningkatkan penguasaan Bahasa Mandarin.Apabila kita belajar sesuatu bahasa asing kita juga dapat mempelajari  dan mendalami budaya itu,”.

Matlamat utama penubuhan Kunkwan adalah untuk meningkatkan kebolehan berbahasa bagi semua rakyat Malaysia yang tidak menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa ibunda mereka. 

Menurut, Timbalan Menteri Pendidikan, YB Dato’ Dr Mah Hang Soon berkata “Pembelajaran Bahasa Mandarin harus diteruskan untuk memupuk keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum selain dari bahasa yang lain,”.

Sehubungan dengan itu, program 'Got Talent' ini adalah untuk menyerlahkan bakat para pelajar Kunkwan yang bukan penutur jati Bahasa Mandarin. Selain bersajak dalam Bahasa Mandarin, peserta juga mempersembahkan bakat mereka melalui tarian kebudayaan Cina, Kung Fu, Kaligrafi Cina, nyanyian rap dan lain-lain.

Para peserta diadili oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada beberapa personaliti yang dikenali dalam industri hiburan Cina tempatan seperti Layla Sania dan Firdhaus Farmizi. Kent Ng bersama tenaga pengajar Kunkwan, Au Pui Shan turut mengadili program ini. Buat acara ini, para peserta dinilai berdasarkan tahap kreativiti, persembahan dan juga cara sebutan perkataan Bahasa Mandarin.

Ada beberapa peserta yang agak menyerlah dan mempunyai bakat yang menonjol. Nurliyana Aqilah Ngaliman mempersembahkan persembahannya dengan memain alat muzik Afrika, Kalimba. Dia memainkan lagu terkenal, ‘Tong Hua’ oleh Michael Wong.

Ketika ditanya kenapa dia memilih alat muzik tersebut, Nurliyana berkata “Alat muzik ini kecil dan senang untuk dibawa ke mana-mana. Jadi, ia memudahkan saya untuk berlatih dan memainnya,”.

Selain sebutan Bahasa Mandarinnya yang sangat bagus, tempoh persembahan serta sajaknya juga mudah difahami dan mesej disebaliknya tidak rumit. 

Di samping itu, seorang lagi peserta Nur Hazira juga mempunyai bakat yang unik. Persembahannya adalah gabungan kaligrafi cina dan lukisan yang dikenali sebagai ‘Zhongguo Shuimohua’. Lukisan dua ikan koi serta kaligrafi ini dilukis dalam masa 5 minit.

Kemuncak bagi program ini adalah acara kemenangan para peserta. Juara bagi Kunkwan’s Got Talent telah disandang oleh Nur Farah Hidayu Binti Abd Rahman yang membawa pulang wang tunai bernilai RM888 serta pakej kelas Bahasa Mandarin yang berjumlah RM2499. 

Manakala, naib juara pula dimiliki Farina binti Sintar dan tempat ketiga diraih oleh Nur Hazira Binti Ibrahim. Ketiga-tiga mereka membawa pulang sijil penyertaan, hadiah wang tunai berserta pakej kelas Bahasa Mandarin.

Keseluruhan idea program ini diterbitkan dengan baik kerana objektifnya bukan saja untuk mempamerkan bakat pelajar-pelajar tetapi juga untuk memupuk minat masyarakat terhadap penguasaan bahasa lain.

Semoga lebih banyak program seperti ini dapat diadakan demi menyemarakkan perpaduan antara kaum dan mengajak lebih ramai orang mempelajari bahasa dengan cara yang lebih menarik. - Getaran, 15 April 2021.

Semua gambar dari tangkapan layar aplikasi Zoom sewaktu acara diadakan.

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 jam yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN