web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Teater Muzikal 'Moyang Salleh' Suntik Semangat Patriotik

Pementasan teater muzikal Moyang Salleh dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 23 September ini di Auditorium Raja Melewar Kompleks JKKNNS.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 10:03AM

Meskipun isu kewangan antara kekangan terbesar, namun dengan pelbagai bantuan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan teater itu berjaya dihasilkan -Gambar Facebook Muzikal Moyang Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pementasan teater Moyang Salleh yang memaparkan perjuangan pahlawan Negeri Sembilan dalam memperjuangkan kedaulatan Jelebu satu ketika dahulu, diharap dapat menyuntik semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.

Pementasan teater muzikal Moyang Salleh yang dihasilkan oleh Karyawan Negeri Sembilan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ahsan Undang Luak Jelebu itu dijadualkan berlangsung selama tiga hari mulai 23 September ini di Auditorium Raja Melewar Kompleks JKKNNS.

Penerbitnya Siti Salbiah Zahari berkata beliau berpandangan persembahan teater yang memaparkan sejarah, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan itu perlu dihayati generasi muda, yang mungkin sudah melupakan sejarah itu.

“Fokus teater ini adalah bagi menerapkan jati diri yang tinggi kepada masyarakat dan rasa sayang kepada negara, selain tidak ingin golongan belia terus melupakan sejarah negeri ini, mungkin juga ramai yang tidak biasa dengan cerita Moyang Salleh.

"Jadi sebab itu kita bawa ia ke teater, lebih-lebih lagi di bulan kemerdekaan ini, kita mahu semangat patriotik itu membara dalam diri. Pelbagai program dan kempen dibuat kerajaan untuk semarakkan kemerdekaan, ini adalah usaha kecil kami untuk sama-sama membantu,” katanya kepada Bernama semalam.

Beliau berkata pihaknya sangat menitikberatkan fakta yang tepat dalam mementaskan teater itu, termasuk merujuk sumber daripada Undang Luak Jelebu dan pengkaji akademik Moyang Salleh selain mengambil lapan bulan menyiapkan skrip tulisan Subroto Katimin itu.

Anak jati Kuala Pilah itu berkata meskipun isu kewangan antara kekangan terbesar, namun dengan pelbagai bantuan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKNNS) seperti lokasi, teknikal dan kostum, teater itu berjaya dihasilkan.

“Penaja mungkin kurang yakin bahawa pementasan teater adalah medium penyampai maklumat yang hebat, lebih-lebih lagi kos menghasilkannya kira-kira RM1.6 juta, kerana kita ada produksi yang ramai untuk beri impak berkesan,” katanya dan menambah bercadang mengangkat teater itu ke filem.

Beliau berkata pementasan teater arahan Pengarah Roslee Mansor itu membabitkan 33 pelakon berdialog termasuk watak Moyang Salleh yang dibawa oleh Datuk Ahmad Tamimi Siregar selain 37 penari profesional serta menampilkan lebih 16 buah lagu yang digubah khas.

Lebih menarik lagi, Siti Salbiah berkata pementasan teater muzikal ini menggunakan 90 peratus loghat Negeri Sembilan kecuali bagi watak sultan, pembesar dan pengawal Johor sekali gus membawa penonton 'menyelami’ setiap babak dengan berkesan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

2

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Kolum 4 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 19 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...