web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAG, Kenny Loh Bekerjasama Pulihara Warisan Baba Dan Nyonya Secara Mampan

Kasut taburan manik yang sinonim dengan warisan Baba Nyonya ini mengetengahkan sentuhan unik menggabungkan kemahiran dengan penggunaan bahan kitar semula iaitu baju kebaya ikonik Malaysia Airlines.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2022 5:00PM

Antara rekaan indah terdahulu Kenny Loh - Tangkapan layar video YouTube Kenny Loh Couture

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysian Aviation Group (MAG) menjalin kerjasama dengan pereka tempatan, Kenny Loh bagi menghasilkan koleksi kasut manik edisi terhad yang diperbuat secara mampan menggunakan bahan kitar semula untuk memulihara warisan peranakan Baba dan Nyonya.

Pada majlis pelancaran hari ini, Ketua Kemampanan Kumpulan MAG Philip See berkata pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Kenny Loh untuk sama-sama mengurangkan sisa buangan sambil mendidik generasi muda mengenai hasil kraf tempatan serta kalangan penggiatnya.

“Pereka seperti Kenny Loh telah memberi inspirasi kepada ramai bahawa kita semua ada peranan masing-masing ke arah usaha mampan di negara ini serta di serata planet.

“MAG juga percaya selain menikmati perkara yang baik, para pelanggan kami juga akan turut prihatin terhadap kepentingan peranan untuk menjaga planet ini,” katanya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Firefly.

Sementara itu, Loh yang juga Pengasas Kenny Loh Corture berkata kasut taburan manik yang sinonim dengan warisan Baba Nyonya itu mengetengahkan sentuhan unik menggabungkan kemahiran dengan penggunaan bahan kitar semula iaitu baju kebaya ikonik Malaysia Airlines.

Menurutnya, beliau dan lebih enam orang dalam pasukannya mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan 72 pasang kasut manik tersebut.

“Kami menggunakan 10 set baju kebaya fabrik ikonik kebaya Malaysia Airlines yang dikitar semula serta 2,000 manik untuk setiap kasut bagi menyiapkan koleksi buatan tangan itu,” katanya.

Loh berkata kasut-kasut terbabit didatangkan dalam pelbagai saiz dan tiga warna berbeza yang mewakili penempatan masyarakat Peranakan tersebut iaitu hijau bagi Pulau Pinang, merah untuk Singapura dan biru bagi Melaka.

Kasut-kasut eksklusif itu akan turut dijual menerusi platform pengembaraan, gaya hidup dan e-dagang MAG iaitu Journify di myjournify.com dengan diskaun sebanyak 10 peratus untuk ahli. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

MAG Lancarkan Seragam Baharu, Lebih Ringkas Dan Moden

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Saya Tak Menangis Atau Tumpah Darah, Semua Itu Fake! - Emma Maembong Tidak Faham Kenapa Isunya Berpantang Jadi Viral 

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tanglung Peranakan Terbesar Di Malaysia Tarikan Terbaharu Di Jonker Walk, Melaka

4

Budaya 3 tahun yang lalu

Tengku Sofia Dora Perkenal Warisan Tekstil Negara Di China

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 16 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN