web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengku Sofia Dora Perkenal Warisan Tekstil Negara Di China

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 3:30PM

Antara peserta pameran di Festival Malaysia Truly Asia 2022 di Beijing, China baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEIJING - Kecintaan terhadap budaya dan kraf tangan Malaysia mendorong Tengku Datin Sofia Dora Tengku Mohamad mempromosi hasil seni negara, khususnya tekstil tradisional, di sini.

Menerusi peranannya sebagai Pengerusi Persatuan Wanita Kementerian Luar (Perwakilan) Beijing, beliau dan kesemua 25 ahli persatuan itu aktif memperkenalkan seni budaya negara, bermula dengan tenun Pahang dan seterusnya Peranakan Baba Nyonya, diikuti songket dan seni tekat pada tahun ini.

“Kita sedia maklum hubungan Malaysia dan China yang erat. China adalah sebuah negara yang besar dan mempunyai banyak warisan tersendiri dan bagi saya, kita sebagai sebuah negara membangun juga tidak salah untuk menunjukkan budaya yang kita ada,” katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran Festival Malaysia Truly Asia 2022 di sini baru-baru ini.

Katanya, menerusi pameran seni tekat sempena program itu kali ini, terdapat individu yang ingin menempah produk tekat untuk dijadikan koleksi, malah menunjukkan minat mendalam untuk mempelajari seni berkenaan.

Sofia Dora (kanan) giat mempromosi hasil kraftangan dan budaya Malaysia ke luar negara. - Gambar Bernama
Sofia Dora (kanan) giat mempromosi hasil kraftangan dan budaya Malaysia ke luar negara. - Gambar Bernama

Isteri kepada Duta Besar Malaysia ke China Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin itu berkata kebanyakan bahan untuk pameran berkenaan adalah koleksinya sendiri yang dibawa khas dari tanah air.

Misalnya pada tahun lepas, beliau mempamerkan koleksi Peranakannya, seperti baju kebaya dan miniatur rumah tradisional, kepada hampir 200 diplomat ketika menjadi tuan rumah Asean Ladies Circle di Rumah Malaysia di sini.

Tengku Sofia Dora yang berasal dari Kuala Terengganu berkata beliau amat meminati budaya Peranakan memandangkan beliau membesar rapat dengan masyarakat tersebut.

Menurutnya, setakat ini pameran berkaitan budaya dan kesenian Malaysia menerima sambutan memberangsangkan, terutama daripada komuniti kedutaan ASEAN serta negara-negara lain, selain warga tempatan.  

“Kebiasaannya apabila Rumah Malaysia ada buat program mereka mesti teruja untuk datang dan sentiasa bertanya bila lagi program seterusnya akan dibuat, sebab mereka teruja untuk melihat persembahan kesenian, pameran dan merasai juadah Malaysia,” katanya. 

Tambahnya, usaha mempromosi khazanah warisan itu turut mendapat sokongan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 4 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN