web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lagu 'Geradong' Orang Asli Ceriakan Program Berjalan Teguh Bersama

Lagu ‘Geradong’, yang merupakan irama asli Orang Asli, akan menyambut dan menceriakan ketibaan Keluarga Malaysia yang mengambil bahagian dalam program Berjalan Teguh hujung minggu ini.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 12:11PM

Persembahan kumpulan Bah Bola - Tangkapan layar video YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu ‘Geradong’, yang merupakan irama asli Orang Asli, akan menyambut dan menceriakan ketibaan Keluarga Malaysia yang mengambil bahagian dalam program Berjalan Teguh Bersama di persimpangan lampu isyarat Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) pada Sabtu ini.

Dengan menggunakan alat muzik seperti centong, kertok buluh dan gong, pasukan muzik yang dikenali sebagai Kumpulan Bah Bola akan memainkan irama berkenaan dengan diiringi tarian Sewang Orang Asli.

Ketua Unit Muzium Orang Asli Gombak Suhaimi Osman ketika dihubungi Bernama berkata anggota Kumpulan Bah Bola itu terdiri daripada masyarakat Suku Semai yang berasal dari Ulu Jelai, Kuala Lipis, Pahang.

“Kumpulan Bah Bola selalu dijemput mengadakan persembahan di pelbagai agensi kerajaan dan agensi swasta. Sekarang orang awam pula dapat menyaksikan persembahan Gema Orang Asal,” katanya.

Persembahan Gema Orang Asal itu akan berlangsung di ‘checkpoint’ pertama yang akan ditempuhi peserta program Berjalan Teguh Bersama selepas pelepasan peserta di Dataran Putra bagi aktiviti berjalan santai sejauh 2.7 kilometer.

Program Berjalan Teguh Bersama itu diadakan bersempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dan dianggarkan lebih 10,000 Keluarga Malaysia akan menyertai aktiviti berjalan kaki bersama pemimpin negara.

Program berkonsepkan aktiviti berjalan beramai-ramai secara santai bersama keluarga itu membawa mesej semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia adalah satu daripada inisiatif bagi mendokong aspirasi Keluarga Malaysia.

Suhaimi, yang juga merupakan urusetia persembahan itu bagi pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), berkata pasukan Bah Bola yang diketuai Bah Sali Bah Nap kini giat melakukan persiapan dan latihan sempena program itu.

Sementara itu, Pegawai Kebudayaan Kanan Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) Mohd Khairul Zainal Abidin berkata pihak UPM turut mengambil bahagian dalam program berkenaan dengan mengadakan pameran dan juga persembahan tarian dan nyanyian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Orang Asli Dipercayai Dibaham Harimau Ditemukan Di Kawasan Cerun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bomba Terbangkan 2 Pesakit Orang Asli Ke Hospital Gua Musang

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pekebun Orang Asli Jual Keledek Guna TikTok, Facebook

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...