web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Riuh Di Kelantan, Ketengah Bakat Seni Kebudayaan Tempatan

Antara objektif penganjuran program tersebut adalah untuk menghubungkan komuniti kreatif dengan masyarakat menerusi platform yang disediakan itu bagi kemajuan penggiat industri kreatif.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 8:37AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kembara Riuh Keluarga Malaysia edisi Kelantan yang bakal berlangsung pada 22 hingga 24 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad IV, bakal mengetengahkan bakat seni kebudayaan tempatan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyCreative Junady Nawawi berkata antara objektif penganjuran program tersebut adalah untuk menghubungkan komuniti kreatif dengan masyarakat menerusi platform yang disediakan itu bagi kemajuan penggiat industri kreatif.

“Kami sebagai agensi kerajaan menyediakan ruang penyertaan melalui acara-acara seperti ini sebagai titik permulaan untuk penggiat industri (kreatif) supaya lebih maju dan dapat memperkembangkan kebolehan masing-masing.

"Ini adalah supaya mereka dapat mencapai satu tahap untuk menjana pendapatan yang berterusan, bermakna dia boleh menyara hidup melalui penglibatan di dalam industri kreatif,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV. 

Beliau berkata program itu bakal menampilkan persembahan seni dan kebudayaan oleh penggiat seni tradisional tempatan antaranya dikir barat, wayang kulit dan mek mulung.

Selain itu, katanya, pengunjung juga boleh menyertai demonstrasi pembuatan wau, kelas mencanting batik dan pertunjukan gasing yang dianjurkan oleh persatuan tempatan.

Pada edisi kali ini, Junady turut mensasarkan kehadiran seramai 15,000 pengunjung ke program tersebut yang berlangsung serentak dengan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kelantan.

“Untuk edisi hadapan kami akan menuju ke Melaka pula bersempena dengan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos nanti,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN