web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cadangan Aktiviti Untuk Anda Hujung Minggu Ini

Seronok juga boleh keluar berjalan-jalan pada hujung minggu. Mari kita ke pelbagai pameran dan persembahan pentas di sekeliling kota. Acara 'online' juga ada!

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 2:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah rentas daerah dibenarkan oleh kerajaan, ramailah yang mencari aktiviti dan tempat menarik yang boleh dikunjungi hujung minggu bulan Mac ini. Usah risau, kami sudah kumpulkan beberapa lokasi dan acara menarik sekitar Kuala Lumpur untuk anda.

 

Cipta Citra

Berita baik untuk para peminat puisi! Pusat Pelancongan MaTIC bakal mengadakan sambutan Hari Puisi Sedunia pada 20 Mac ini di MaTIC, Kuala Lumpur. Majlis yang bermula pada 3.30 petang itu akan diserikan dengan sesi bual bicara Cipta Citra. Sambutan Hari Puisi Sedunia itu pula akan ditutup dengan konsert yang dibarisi oleh penyair tempatan seperti Wani Ardy, Umar Uzair, Datuk Dr. Zurinah Hassan dan lain-lain. 

Acara: Cipta Citra

Lokasi: MaTIC, Kuala Lumpur

Tarikh: 20 Mac 2021

 

Pameran Seni Duality

Bagi meraikan sambutan ulang tahun galeri ini, Zhan Art yang terletak di The School, Jaya One akan mengadakan pameran lukisan oleh 20 artis ternama Malaysia antaranya Adam Ummar, Afi Sulaiman, Anthony Chan, Denis Chai, Ejam Ahmad dan lain-lain. Pameran bertemakan Duality itu akan bermula pada 29 March 2021 ini. 

Acara: Pameran seni Duality

Lokasi: Zhan Art, The School Jaya One, Petaling Jaya

Tarikh: 29 March 2021

 

Pameran Seni Pause KL

Menghimpunkan tiga artis wanita berbakat besar. Pameran bertajuk PAUSE KL yang diadakan di Tun Perak Co-op Kuala Lumpur ini akan berlangsung pada 12 hingga 28 Mac ini. Artis yang menempatkan pameran mereka ialah Nawwar Shukriah Ali, Tsa Meera dan Shiela Samsuri.

Acara: Pause KL

Lokasi: Tun Perak Co-op Kuala Lumpur

Tarikh: 12-29 Mac 2021

 

Pameran Seni Femme Dreamscapes

Apa kata hujung minggu ini anda pergi melihat sendiri keindahan lukisan oleh Emila Yusof yang berlangsung di GMBB, Bukit Bintang. Bertemakan Femme Dreamscapes, Emila menghimpunkan lukisan yang mengetengahkan subjek wanita yang pernah dihasilkan beliau selama ini. 

Acara: Femme Dreamscapes

Lokasi: GMBB, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Tarikh: 6-31 Mac 2021


Persembahan Tarian N/2

Selepas melihat pameran lukisan, anda boleh terus ke Damansara Performing Arts Center untuk menyaksikan persembahan tarian daripada Lu Wit-Chin dan James Kan. Persembahan yang diberi nama A Double Bill Dance Performance ini bakal berlangsung pada  26 sehingga 28 Mac ini. 

Acara: Persembahan Tarian N/2

Lokasi: Damansara Performing Arts Center

Tarikh: 26, 27, 28 Mac 2021 (3 petang dan 8.30 malam)

 

Persembahan Tarian dan Teater Muzikal Bollywood Dreams

Aha! Inilah acara yang paling dinantikan oleh peminat teater. Sepanjang dua jam nanti, anda akan disajikan dengan persembahan teater muzikal yang meriah dengan tarian dan juga plot cerita yang memberi anda semangat mengejar impian. Mesti anda akan rasa teruja menyaksikan persembahan yang diarahkan oleh Dato’ Dr. Faridah Merican. Jom singgah ke Kuala Lumpur Performing Arts Center bulan ini!

Acara: Teater muzikal dan persembahan tarian Bollywood Dreams

Lokasi: Kuala Lumpur Performing Arts Center

Tarikh: 26, 27, 28 Mac 2021 (8.30 malam)

 

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Acara paling dinantikan para ulat buku dan hari raya bagi semua penulis di Malaysia. Ramai yang bersedih kerana tak dapat menghadiri pesta buku seperti tahun berikutnya. Aha! Jangan terkejut. Kini PBAKL mempunyai cara baru untuk memastikan acara itu masih diteruskan. Tahun ini, PBAKL diadakan di atas talian sekali gus menjadikannya pesta buku online terbesar di Malaysia!

Acara: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Lokasi: Shopee

Tarikh: 19-4 April 2021

- Getaran, 18 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN