web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kapasiti 50% Penonton, Berbaloikah Teater Berlangsung?

Pemerhati teater, Shufitri M. Shukardi meluahkan kegusaran tentang kelangsungan seni teater bebas tempatan di era wabak COVID-19.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 2:00PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Komuniti seni persembahan teater sangat terkesan dengan impak wabak COVID-19. Sesebuah produksi teater bukan sahaja melibatkan pelakon, malah ia merangkumi pelbagai pekerjaan kreatif lain seperti pengarah, penulis skrip, jurugambar, jurusolek, jurulampu dan ramai lagi.

Semenjak wabak ini mengganas, ramai pemain kreatif kehilangan pekerjaan. Tiada persembahan bermaksud tiada punca pendapatan untuk sebahagian besar mereka. Dengan ketiadaan ‘show’, mereka tiada ruang untuk berkarya, terutamanya yang di belakang tabir.

Namun, mereka boleh menarik nafas lega apabila pihak kerajaan melalui nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju mengumumkan satu prosedur operasi standart (SOP) baharu di bawah aktiviti industri kreatif mulai 10 Mac 2021. 

Acara langsung merangkumi program rasmi pemerintah, program televisyen, muzik, tarian, teater, muzikal, acara budaya dan siaran langsung dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat.

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, acara langsung dengan kehadiran penonton daripada 50% kapasiti premis di kawasan PKP Bersyarat dan kehadiran mengikut ukuran premis di kawasan PKP Pemulihan, akan dibenarkan.

Shufitri M. Shukardi
Shufitri M. Shukardi

“Awal Mac, kerajaan dan MKN telah mengumumkan acara seni persembahan boleh dijalankan dengan 50% kapasiti penonton. Boleh kata komuniti seni persembahan lega dapat berkarya setelah lima bulan terpaksa berhenti.” 

“Kami boleh melakukan persembahan secara langsung di pentas dengan kehadiran penonton semasa PKP pertama lalu, tetapi segalanya berubah selepas negara dilanda gelombang ketiga COVID-19,” ujar Shufitri M. Shukardi, pemerhati teater dan Pengurus Digital, Kakiseni.

Namun mantan pelakon dan pengarah teater bebas itu turut menegaskan, “Untuk premis yang bersaiz kecil dan sederhana, belum cukup berbaloi untuk mereka membuat show (persembahan).”

“Misalnya, premis-premis di rumah kedai seperti Revolution Stage , masalah kapasiti ini sangat ‘mencengkam’. Jika kapasiti 100% untuk premis sebegini, katakanlah dalam 40 penonton. Berbaloikah untuk mereka membuat show untuk 20 penonton sahaja pada satu masa?” soalnya.

Tambahnya, sesetengah premis teater bebas sedang mengalami risiko diarahkan mengosongkan premis masing-masing kerana menghadapi masalah kelewatan atau pembayaran sewa yang tertangguh akibat tiada pendapatan sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan. 

“Syukurlah ada antara mereka yang rapat dengan alumni selebriti seperti Sherry Alhadad yang sanggup membantu dengan membuat penampilan istimewa di mana-mana persembahan secara maya mereka.” 

“Sebelum Sherry Alhadad terkenal di media arus perdana, dia sangat aktif  berlakon teater bebas. Jadi dia dengan secara sukarelanya turun padang memberi sokongan.” 

“Buat masa sekarang, komuniti teater bebas sedang dalam peralihan untuk ke pentas fizikal semula dari persembahan langsung secara maya (livestreaming),” jelas Shufitri. 

Sebelum memotong noktah, Shufitri sempat meluahkan pandangannya berkenaan kelangsungan seni teater tempatan, terutama teater bebas.

“Saya lega orang industri, terutama pemain kreatif teater dapat berkarya dan melakukan persembahan semula, di samping menjana pendapatan, tetapi saya agak gementar dengan situasi wabak yang melanda negara kita sekarang.”

“Semua harus memainkan peranan untuk kekal selamat. Untuk komuniti seni, terutama teater, mereka harus menjaga nama komuniti agar tidak sesekali melanggar SOP atau secara tidak sengaja menjadi kluster.”

“Walaupun jika hanya satu premis terlibat, saya kira seluruh komuniti teater bebas akan terasa tempiasnya. It's just a small scene,” akhiri Shufitri. – Getaran, 18 Mac 2021

Semua Gambar: Shufitri M. Shukardi

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...