web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penubuhan Persatuan Industri Kreatif Penting Untuk Angkat Martabat Penggiat Seni

Penubuhan Persatuan Industri Kreatif penting untuk memartabatkan penggiat seni tanah air, selain merancakkan lagi aktiviti seni kreatif.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 8:59AM

Gambar Hiasan, Adib Hasri / Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penubuhan Persatuan Industri Kreatif penting untuk memartabatkan penggiat seni tanah air, selain merancakkan lagi aktiviti seni kreatif yang boleh menarik minat masyarakat terhadap industri itu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata menerusi persatuan itu gerak kerja untuk mengetengahkan hasil seni kreatif secara meluas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

"Melalui persatuan ini kita dapat bekerjasama antara agensi industri kreatif. Contohnya di KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) ada My Creative Ventures, Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dan MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia).

"...kalau ada persatuan kita boleh minta pihak swasta bantu, kita nak ajar untuk pemasaran supaya penglibatan pihak yang berkreatif ini dapat ditingkatkan kreativiti mereka dan meraih pendapatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar di sini hari ini.

Pada Oktober lepas, Zahidi dilaporkan berkata KKMM berhasrat menubuhkan Persatuan Industri Kreatif bagi menggalakkan aktiviti seni kreatif dalam kalangan masyarakat.

Beliau dipetik sebagai berkata penubuhan persatuan itu akan meliputi peringkat kebangsaan dan negeri untuk memudahkan penyelarasan usaha pengembangan industri itu.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata pihaknya telah pun memulakan usaha penubuhan persatuan itu yang dijangka dirasmikan tahun depan.

Katanya menerusi persatuan itu juga akan dapat membantu kerajaan meningkatkan pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam bidang industri kreatif yang memerlukan penjenamaan dan inovasi baharu.

"Contohnya, di Perlis bagaimana kita nak buat Awang Batil, menari canggung dan sebagainya menjadi menarik supaya rakyat tengok tertarik. Kalau boleh setiap tahun kita adakan pertunjukkan, hadiah dan anugerah kepada industri kreatif ini untuk meningkatkan semangat mereka berkreatif.

"Jadikan ini satu pekerjaan yang cukup menarik dan ia memerlukan usaha yang keras, jadi sebab itulah kita berusaha. Persatuan yang kita buat ini, kita dapat bincang bersama dan bagaimana kerajaan nak bantu dan boleh juga tingkatkan (industri) pelancongan dan sebagainya," katanya. - Bernama 

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Aksi Biadab Di GVF23 Undang Kemarahan Penggiat Seni, Kesal Ramai Hilang Pendapatan Gara-Gara Festival Dibatalkan

2

TARA 3 tahun yang lalu

Penglipurlara Awang Batil Dari Perlis Buat Persembahan 3 Hari Di Singapura Mulai 19 Mei

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Jumpa Di Mahkamah Prism Berhad! - 32 Penggiat Seni Failkan Notis Usul Dan Afidavit

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Isu Crackhouse, Ellie Suriaty Sokong Tindakan 'Pusingan U' Afdlin Shauki

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN