Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aksi Biadab Di GVF23 Undang Kemarahan Penggiat Seni, Kesal Ramai Hilang Pendapatan Gara-Gara Festival Dibatalkan

Antara yang dilihat bersuara tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ini ialah Datuk Shiela Majid, Edry Abdul Halim dan Jennifer Thompson dan ramai lagi.

Selebriti Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2023 9:08AM

Antara penggiat seni yang berang dengan tindakan kumpulan 1975 - gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kontroversi yang dicetuskan oleh kumpulan The 1975 sewaktu membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 (GVF23) telah mengundang kemarahan orang ramai bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Berita mengenai kelakuan biadap dan jijik vokalis kumpulan yang berasal dari UK ini iaitu Matty Healy dan pemain bass, Ross MacDonald tular di media sosial seluruh dunia.

Disebabkan itu, Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) telah mengarahkan penganjur  untuk menghentikan festival yang sepatutnya berangsung selama tiga hari ini serta merta berkuat kuasa tengah hari semalam.

Kumpulan The 1975 juga telah disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia daripada membuat persembahan di negara ini.

Isu ini telah mendapat reaksi penggiat seni di Malaysia yang rata-ratanya sangat marah dengan apa yang telah berlaku.

Mereka melihat situasi ini sebagai ‘membunuh’ industri kreatif terutamanya industri muzik apabila ramai yang akan kehilangan punca rezeki akibat pembatalan festival ini.

Antara yang dilihat meluahkan kemarahan mereka terhadap insiden yang berlaku ialah Datuk Shiela Majid.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram, Shiela menyifatkan perbuatan kumpulan The I975 sebagai satu kebodohan.

Stupidity at its best! The 1975, ramai pihak yang telah kehilangan pendapatan termasuklah penganjur, kru produksi, ahli muzik, penyanyi dan sebagainya disebabkan tindakan pentingkan diri sendiri anda di GVB2023.

“Adakah anda tidak tahu berapa banyak wang yang dibelanjakan dan berapa bulan yang diperlukan untuk menganjurkan acara sebesar ini? Apatah lagi mereka yang telah membeli tiket untuk menonton band lain?

“Menjadi terkenal tidak memberi anda hak untuk berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. Walau apa pun pendapat atau keutamaan jantina anda, kami tidak berminat untuk mengetahuinya. Anda sepatutnya bermain muzik!

“Acara tiga hari ini telah diharamkan hanya kerana anda! Adakah anda dan rakan kumpulan anda bangga dengan diri anda sendiri atas perkara ini? Begitu ramai penghibur yang telah terbang tidak dapat membuat persembahan.

“Orang seperti anda memberikan kesan yang sangat buruk kepada industri muzik. Jadikan ini sebagai pengajaran kepada semua penghibur. Hormati undang-undang negara tempat anda beraksi. Fikir sebelum bertindak kerana ia bukan hanya tentang anda,” tulisnya.

Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi dan komposer terkenal, Edry Abdul Halim biarpun dia kini menetap di United Kingdom.

“Membaca berita mengenai isu ini yang terjadi di Malaysia membuatkan saya marah. Adab band dari negara luar yang mabuk dan tidak menghormati undang-undang. Tiada hormat pada budaya dan tatasusila rakyat Malaysia.

“Harap pihak penganjur kaji latar belakang band dari luar terlebih dahulu sebelum menjemput mereka jika ada rekod buruk. Di UK ini pun orang sudah tahu perangai mereka (1975),” tulisnya dalam hantaran di Intagram.

Bagi penggiat muzik yang berpengalaman yang sering terlibat dengan penganjuran konsert iaitu Jennifer Thompson, dia meluahkan kekesalannya terhadap apa yang berlaku dengan menyifatkan hal ini sebagai menyusahkan ramai pihak.

“Tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku, ‘si bodoh’ telah membuatkan kehidupan mereka yang hidup dan bekerja dalam industri ini menjadi lebih sukar. Anda tidak tinggal di sini, tetapi kami. Ini bukan tentang pendapat anda tetapi tenang bagaimana, bila dan dimana anda meluahkannya,” tulisnya dalam hantaran yang dimuatnaik di Instagram.

Kebiadaban kumpulan The 1975 ini turut mengundang kekesalan buat peminat setia mereka iaitu pempengaruh dan pelakon yang berasal dari UK iaitu Mark Odea yang kini menetap di Malaysia.

Menurut pelakon Oh My English! Ini, sebagai peminat setia kumpulan ini, dia berasa amat kecewa dengan tindakan mereka di GVF2023.

“Sebagai seorang yang berasal dari UK, saya telah menetap di Malaysia selama lebih dari 10 tahun. Mungkin kita tidak sependapat dan bersetuju dengan undang-undang tertentu. Tetapi kita perlu menerima dan menghormati negara orang terutamanya apabila majoriti penduduknya beragama Islam.

“Sebelum ini ramai yang sudah mengadu tentang konsert artis luar seperti Coldplay, Taylor Swift, Blackpink dan sebagainya dengan alasan yang tidak munasabah. Dengan kontroversi yang dicetuskan oleh kumpulan The 1975 ini, ia ibarat mencurah minyak ke dalam api yang sedang marak.

“Saya harap insiden ini tidak memberi kesan kepada penganjuran konsert-konsert lain di masa hadapan kerana sejujurnya, segalanya tentang Good Vibes Festival sebelum ini sangat hebat,” luahnya di Instagram.

Jumaat lepas, kumpulan The 1975 telah mencetuskan kontroversi dengan menghina undang-undang kerajaan Malaysia berkaitan isu LGBTQ. Vokalisnya iaitu Matty Healy dan pemain bass, Ross MacDonald tanpa segan silu telah membuat aksi
berciuman di atas pentas.

Di pertengahan persembahan, tiba-tiba pentas menjadi gelap kerana mereka telah diarahkan untuk menghentikan persembahan dan meninggalkan festival tersebut dalam keadaan marah. – Getaran, 23 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Mohd Syahir Hentam Sahaja Bila Bercakap, Ini Tak Betul!’ – PSK

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Main Isu Kontroversi Cara Sanusi Alih Kemarahan Rakyat - Saifuddin

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosakkan Kereta Abang Ipar, Pasangan Kekasih Direman 4 Hari

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Jumpa Di Mahkamah Prism Berhad! - 32 Penggiat Seni Failkan Notis Usul Dan Afidavit

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 6 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran