web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rosakkan Kereta Abang Ipar, Pasangan Kekasih Direman 4 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 3:48PM

Pasukan serbuan turut merampas kenderaan digunakan suspek semasa kejadian, selain merampas objek disyaki digunakan ketika melakukan perbuatan khianat terbabit, iaitu pemutar skru dan kunci kereta - Gambar Polis Ampang Jaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berang dimarahi abang ipar ketika mahu berjumpa kakak sendiri, seorang individu bersama kekasihnya bertindak membocorkan keempat-empat tayar kereta lelaki tersebut dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Pandan Indah, Ampang, Selangor

Namun, tindakan tersebut membawa padah apabila kedua-dua suspek berusia 45 tahun itu ditahan pada malam Tahun Baharu Cina, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian bermula pada jam 12.11 tengah malam kelmarin apabila suspek datang ke rumah mangsa untuk bertemu kakaknya.

“Siasatan awal mendapati suspek datang dalam keadaan mabuk sambil menjerit membuat bising dan tindakan tersebut mencetuskan kemarahan abang iparnya.

“Kira-kira jam 8.30 pagi hari sama, ketika abang ipar suspek mahu keluar menaiki kereta jenis Mercedes Benz-A200 miliknya, dia mendapati keempat-empat tayar kenderaan itu bocor, manakala lampu belakang dipecah dan keseluruhan kenderaan tersebut dicalarkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, pada jam 11 malam semalam, sepasukan polis dari Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap pasangan kekasih tersebut di Taman Lembah Maju, Ampang Jaya.

“Pasukan serbuan turut merampas kenderaan digunakan suspek semasa kejadian, selain merampas objek disyaki digunakan ketika melakukan perbuatan khianat terbabit, iaitu pemutar skru dan kunci kereta,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, kedua-dua suspek didapati positif ujian saringan awal air kencing bagi dadah jenis Benzo. 

“Suspek lelaki yang berkerja sebagai mekanik kereta di Cheras mempunyai tiga rekod jenayah, manakala suspek wanita tersebut pula tidak bekerja dan memiliki satu rekod jenayah.

“Punca kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati dengan abang iparnya yang memarahinya,” katanya.

Jelasnya, kedua-dua suspek direman empat hari sehingga esok untuk membantu siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan melakukan perbuatan khianat.

“Jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. - Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kakak Mohon Bantuan Terlibat Kemalangan, Tak Sangka Abang Ipar Digilis Lori 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Cubaan Seludup Dadah Di Nigeria: Polis Siasat Dakwaan Anak Perangkap Ibu

Semasa 1 hari yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

oleh Sophia Ahmad