web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumpa Di Mahkamah Prism Berhad! - 32 Penggiat Seni Failkan Notis Usul Dan Afidavit

Notis usul dan afidavit itu difailkan bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan saman bagi menuntut pembayaran royalti daripada Prism Berhad.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 6:59PM

Antara 32 penggiat seni tanah air yang memfailkan notis usul dan afidavit ini adalah Datuk DJ Dave (kiri) dan Datuk Jamal Abdillah (dua dari kanan)

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seramai 32 orang penggiat seni tanah air yang terdiri daripada penyanyi dan pemuzik tersohor telah memfaikan satu notis usul beserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan saman menuntut pembayaran royalti daripada Prism Berhad.

Notis usul dan afidavit ini telah difailkan melalui firma Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah pada tarikh 9 September lalu dan ia merupakan tindakan mahkamah yang julung-julung kali dibuat penggiat seni tanah air.

Antara 32 penggiat seni tanah air yang memfailkan notis usul dan afidavit ini adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk DJ Dave, Datuk J Sham, S. Atan, Aris Ariwatan, Ibnor Riza, Azharina, Ezlynn, Julian Blues Gang, Renggo Arrow, Ali Terra Rossa, Ajin Blackrose, Norshila Amin, Nai Dinamik,Beego, Razis Ismail dan Leina Hangat.

Wakil Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofian, Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif berkata, “Menurut perlembagaan Prism Berhad, bayaran royalti pelaku hendaklah diagihkan satu kali setahun.

“Namun, semenjak 2017 sehingga 2021, tiada sebarang pengagihan dibuat kepada artis-artis ini sehingga kini walupun telah dituntut.

“Tindakan ini adalah untuk mendapatkan satu pengisytiharan terhadap wang royalti yang dikutip. Wang kutipan yang tidak diagihkan dengan betul dan siapa tidak jalankan pengagihan dengan betul boleh disabitkan dengan kesalahan.

“Ini baru langkah pertama. Kita nak mengesan ke mana perginya duit itu, mengapa ia tidak diagihkan, kalau duit itu habis, ia pergi mana dan sekiranya ia dibelanjakan siapa yang mengawal selia dan adakah perbelanjaan itu sah dari segi undang-undang.

“Kami juga ingin tahu bagaimana pengiraan royalti dibuat dan sistem apa yang digunakan,” katanya pada sidang media tuntutan royalti di mahkamah terhadap Prism Berhad oleh penggiat seni.

Kamaruzaman menambah, pihaknya juga menolak sekiranya pihak defendan yang terlibat dengan isu royalti Prism Berhad ini ingin menyelesaikannya di luar mahkamah.

“Kami gunakan jalan perundangan untuk mendapatkan pencerahan dan jawapan kerana plaintif-plaintif ini mahu menuntut hak mereka dikembalikan.

“Agensi yang diamanahkan itu telah dilihat gagal untuk mengagihkan royalti dalam tempoh lima tahun tersebut. Jalan penyelesaian terbaik adalah di mahkamah.

“Ini bukan sahaja perjuangan 32 ahli yang bersetuju memfailkan notis usul dan afidavit tetapi juga mampu memberikan manfaat kepada 1,632 ahli Prism yang lain serta golongan pelapis,” katanya lagi.

Konflik royalti Prism tercetus selepas berlaku pertikaian perundangan di antara Public Performance Sdn Bhd (PPM), Recording Industry Malaysia (RIM) dan Prism Berhad.

Akibatnya Prism Berhad digulungkan melalui perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2018 yang mengakibatkan segala urusan pentadbirannya dikawal selia Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Konflik di antara tiga badan pelesenan turut menjejaskan pengagihan kutipan royalti dalam kalangan ahli Prism Berhad. - Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

2

Semasa 2 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Muzik 20 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.