web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Bola Ngoca Imbau Nostalgia Aktiviti Di Sawah

Pesta Bola Ngoca di Negeri Sembilan, mengajak pengunjung mengimbau nostalgia aktiviti tradisional ‘mengoca’ iaitu menangkap ikan di sawah padi, yang sinonim dengan penduduk di negeri ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2021 5:35PM

Gambar: Bernama/ Izzul Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai tarikan baharu pelancongan Pesta Bola Ngoca di Negeri Sembilan, mengajak pengunjung mengimbau nostalgia aktiviti tradisional ‘mengoca’ iaitu menangkap ikan di sawah padi, yang sinonim dengan penduduk di daerah ini di Tapak Ngoca, Kampung Budaya Terachi.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata acara sukan bola sepak sawah itu, seiring dengan misi industri pelancongan iaitu ‘Malaysia - Destinasi Lestari Kaya Budaya’ dan dijangka menarik 10,000 pengunjung ke pesta tersebut.

Beliau berkata acara tahunan itu turut dimeriahkan dengan aktiviti lain seperti ‘mengoca’ ikan, memanjat tiang licin, menangkap itik, gusti bantal dan basikal titi, di lapan petak sawah berkeluasan dua hektar.

“Penyertaan pada pesta ini amat mengalakkan, daripada 128 pasukan termasuk peserta dari negeri lain seperti Kedah dan Terengganu. Rumah inap di sekitar daerah ini juga penuh ditempah.

“Pengalaman bermain di sawah ini telah menjadi satu aktiviti yang semakin jarang dilakukan oleh generasi muda, jadi inilah masanya golongan berkenaan terus memartabatkan aktiviti tradisional ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bola Ngoca di Tapak Ngoca, Kampung Budaya Terachi di sini.

Aminuddin berkata sejumlah RM840,000 diperuntukkan bagi membina arena bola ngoca tersebut, yang dilengkapi kemudahan tempat mandi kepada pengunjung.

Beliau berkata tapak pesta itu merupakan kawasan penanaman padi di atas tanah rizab seluas 4.04 hektar (10 ekar) di bawah kendalian pegawai daerah dan melalui inisiatif kerajaan negeri, Kampung Budaya Terachi itu turut dibangunkan sebagai tempat tarikan makanan tradisional.

Katanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya turut menyalurkan RM3 juta bagi menaik taraf blok B Kampung Budaya Terachi sebagai lokasi pelancongan, serta merancakkan ekonomi rakyat negeri ini.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) Mohd Faizal Abdul Manap berkata pihaknya juga membenarkan penduduk setempat di sini menuai padi apabila tiba musim menuai.

“Kita mahu mengekalkan aktiviti penanaman padi di sini, kami juga mempunyai perancangan berkenaan padi di sini iaitu apabila selesai kerja naik taraf blok B Kampung Budaya Terachi itu nanti, kita akan pasarkan produk beras padi Seri Menanti,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Amaran Bunga Dan Siti Nordiana

11 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN