web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nostalgia! Kembalikan Wayang Pacak Pada Era Teknologi

Festival itu diadakan untuk mengetengahkan wayang pacak sebagai sokongan kepada industri filem Malaysia tatkala ekonomi kreatif Malaysia sedang dipulihkan.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 6:52PM

Nam Ron dan Sara Ali di Festival Wayang Pacak PUDGi

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuba bayangkan kita hidup pada zaman sebelum adanya media sosial atau pawagam digital. Masyarakat kampung akan berpusu-pusu ke tanah lapang membawa makanan untuk menyaksikan filem terkini beramai-ramai. Saling bersapa dan bertukar-tukar bekal.

Bukan itu sahaja, jika anda petugas yang bertanggungjawab memasang alatan untuk wayang pacak, anda harus mendaki bukit-bukau sambil memikul projektor dan layar. Itu belum lagi jika anda harus bertugas di kawasan pedalaman yang mempunyai hidupan liar.

Wayang pacak sudah mula berada di Malaysia sejak tahun 50-an lagi. Namun, ia menemui kemuncak pada tahun 60-an hingga tahun 70-an terutamanya di kawasan pedalaman seperti kawasan ladang getah. Tayangan diadakan di kawasan lapang seperti padang bola sepak. 

Mana tidaknya, pada ketika itu sudah muncul televisyen dan wayang gambar di kota-kota.

“Biasanya filem Tamil dan Hindustan akan dimainkan untuk tujuan hiburan. Antara filem yang terkenal pada waktu itu ialah filem Hindustan bertajuk Sangam lakonan Raj Kapoor. 

“Cuma sebelum itu, mereka akan menayangkan filem-filem yang menyuntik semangat patriotisme dan kenegaraan sebagai salah satu propaganda melawan sentimen yang cuba memecahbelahkan kaum,” kata pengkaji sosiobudaya Eddin Khoo ketika dihubungi Getaran.

Gambar Fail
Gambar Fail

Eddin juga sempat merasa pengalaman menyaksikan wayang pacak di Universiti Malaya selepas pengijazahan sekitar tahun 70-an.

“Apa yang ada pada wayang pacak yang tidak boleh kita dapati pada pawagam hari ini tentulah semangat kemasyarakatan.

“Wayang pacak menjadi aktiviti untuk orang berkumpul. Ia bukan semata-mata tentang filem yang ditayangkan. Suasananya seperti sebuah pesta. Ada orang bermain dam, jual beli makanan dan sebagainya.

“Wayang pacak juga secara tidak langsung menunjukkan ciri-ciri perkembangan tradisi. Tidak hanya aktiviti wayang pacak malah kadangkala acara tarian seperti mak yong atau wayang kulit juga diadakan di kawasan lapang.

“Malangnya kini, semangat kemasyarakatan itu sudah tiada dan ramai memilih untuk lebih bersendirian,” tambahnya.

Mengimbau kenangan menonton wayang pacak sewaktu muda, kolumnis Getaran, Roslen Fadzil merasakan penonton yang datang tidak hanya sekadar untuk berhibur.

Jeda rehat filem dijadikan ruang untuk kerajaan memberitahu rakyat untuk melawan pengaruh komunis.

“Orang zaman dahulu tiada televisyen, jadi wayang pacak sajalah hiburan yang ada. Boleh dikatakan ia seperti sesi keluar bersama-sama keluarga. Cuma kalau hujan, masalah sikit sebab ditayangkan di tanah lapang.

“Sepanjang saya menonton wayang pacak tiada pula pengalaman ada hantu mengilai atau didekati binatang buas.

“Cuma tak tahulah kalau selepas acara, semasa hendak pulang ke rumah terjadi apa-apa. Ada juga beberapa orang yang cerita pernah diganggu. Itulah kemanisannya kalau diingat kembali,” katanya.

Kini, pengalaman itu cuba dibawa kembali menerusi Festival Wayang Pacak PUDGi yang telah diadakan di Pusat Urbanisasi Desa Giching di Sepang. Sebenarnya, tapak untuk tayangan ini mempunyai keluasan empat hektar. 

Cumanya, anda tidak perlu bersusah payah mendaki bukit atau menolak kenderaan dalam jalan yang bertanah merah. Semuanya mudah dan selesa. Di kawasan itu, turut disediakan kolam ikan air tawar, kebun durian, rumah inap dan kabin Airbnb untuk pengunjung. 

Pusat Urbanisas ini terkenal dalam kalangan komuniti setempat dan penggemar aktiviti luar sebagai tempat yang sesuai untuk lari dari hiruk-pikuk ibu kota Kuala Lumpur. Sambil menonton, anda juga boleh berehat dengan keluarga.

Bukan itu sahaja, festival itu diadakan untuk mengetengahkan wayang pacak sebagai sokongan kepada industri filem Malaysia tatkala ekonomi kreatif Malaysia sedang dipulihkan.

Filem yang ditayang adalah Roh, yang diterbitkan oleh Kuman Pictures. Filem itu telah menjadi pilihan Malaysia sebagai wakil ke Academy Awards (Oscars) 2020.

Para penonton sangat bertuah apabila pelakon Roh, Nam Ron dan penulis skrip, Amir Hafizi dan Amir Muhammad datang memeriahkan acara. 

Melihat filem lakonannya ditayangkan menerusi wayang pacak, Nam Ron mengakui seronok kerana merasakan tayangan sebegini sangat meriah dengan kehadiran beberapa keluarga yang datang membentang tikar. 

“Saya melihat wayang pacak ini sebagai cara kita membudayakan penontonan filem. Ia dilakukan di tempat terbuka dan percuma. Ia menggalakkan lebih ramai orang datang dan menghargai filem-filem yang ditayangkan.

“Budaya tayangan filem di tempat sebegini berbeza dengan budaya di pawagam. Wayang pacak membolehkan penonton datang bentang tikar di kawasan mana mereka mahu dan bebas untuk makan bersama-sama keluarga,” katanya kepada Getaran.

Melihat kepada respons positif pengunjung, pihak penganjur bercadang untuk mengadakan lebih banyak tayangan wayang pacak dengan pelbagai jenis filem pada masa hadapan. 

Festival wayang pacak PUDGi adalah sebuah inisiatif untuk mengajak masyarakat, khususnya generasi muda untuk merasai pengalaman zaman dulu kala.

Pembaca juga boleh mengikuti laman sosial rasmi di Instagram @pudgi.my untuk mengikuti perkembangan semasa aktiviti-aktiviti yang dijalankan mereka. - Getaran, 18 November 2021

Gambar: PUDGi.my

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Pasar Jalan Pasola Kembalikan Nostalgia Melayu Klasik

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN