Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pasar Jalan Pasola Kembalikan Nostalgia Melayu Klasik

Jelajah Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 4:15PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIT BUNTAR - Tema busana Melayu lama serta alunan lagu-lagu tradisional Melayu menarik kedatangan pengunjung ke pasar jalanan yang terletak di Jalan Pasola, Parit Buntar, setiap hujung minggu.

Tidak hanya pemilik gerai yang memperagakan busana tersebut, malah pengunjung juga digalakkan berbuat demikian bagi membangkitkan suasana klasik nostalgia silam. 

Penganjur program, Amirul Nizar Rozay, 32, berkata pasar berkonsepkan ‘pop-up store’ atau ruang runcit yang dibuka untuk jangka waktu sementara itu, mula dibuka awal Disember lalu dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Majlis Daerah Kerian (MDK).

“Saya bersama lima lagi rakan mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk merangka pelan dan kertas kerja bagi memastikan penganjuran pasar jalanan ini berjaya dan mampu meyakinkan MDK.

“Alhamdulillah, sejak dibuka awal Disember lalu, lebih 5,000 pengunjung dari seluruh pelusuk negeri Perak termasuk Pulau Pinang, Kedah dan juga Perlis hadir memeriahkan pasar ini,” katanya ketika ditemui BERNAMA, di sini.

Amirul Nizar yang berasal dari Bukit Mertajam menjelaskan idea asal untuk mewujudkan pasar tersebut tercetus kerana ingin mengembalikan kemeriahan lokasi tersebut sepertimana lebih 20 tahun dahulu.

“Di era 90-an hingga awal 2000, kawasan ini adalah tempat tumpuan penduduk sekitar Parit Buntar untuk mendapatkan barangan keperluan harian, namun sejak pekan baru Parit Buntar dibuka tumpuan orang ramai beralih ke sana,” katanya. 

Justeru dengan tema Melayu Klasik, yang diperkenalkan di pasar malam yang beroperasi pada 5 petang hingga 12 tengah malam itu, orang ramai kembali teruja berkunjung ke situ yang menempatkan 70 gerai. 

Amirul Nizar berkata, terdapat pelbagai juadah istimewa yang dijual di situ seperti kuih dangai, tepek pisang, putu piring, ubi kayu rebus, makanan tradisional masyarakat Banjar, kopi yang dimasak atas dapur arang, makanan ringan di zaman pertengahan 90-an dan sebagainya.

“Bagaimanapun kami sentiasa pantau produk yang dijual supaya kualitinya sentiasa pada tahap terbaik dan sekiranya peniaga tidak dapat tepati kriteria itu, kami akan keluarkan mereka dari tapak sewaan,” katanya. 

Amirul Nizar berkata, kadar sewaan bergantung kepada keluasan saiz tapak bermula dari RM60 hingga RM150 sehari dan setiap tapak yang disewa oleh pengusaha gerai tidak bersifat kekal serta berubah pada setiap minggu bagi membangkitkan kemeriahan di samping menghilangkan rasa jemu pengunjung.

“Istimewa untuk pengunjung, penyanyi tersohor negara, Datuk Jamal Abdillah akan mengadakan persembahan sempena ambang tahun baharu di pasar tersebut.

“Ini antara perancangan awal kami bagi meningkatkan jumlah kehadiran pengunjung dan jika berjaya, artis undangan lain akan dijemput untuk mengadakan persembahan pada setiap minggu,” katanya.

Sementara itu, bagi penjual kuih dangai, Mohd Zikri Mohd Zabidi, 24, yang telah berkecimpung lebih tujuh tahun dalam pembuatan kuih tersebut berkata, sambutan pengunjung digerainya begitu menggalakkan.

“Kalau perisa asli, biasanya golongan ‘orang lama’ yang suka beli di sini. Jadi, untuk menarik kanak-kanak mencuba kuih tradisional ini, saya tampilkan dua perisa berbeza iaitu coklat dan susu,” katanya yang turut optimis dengan usaha penganjur memperkenalkan elemen klasik di pasar itu, ia akan terus menjadi tumpuan ramai, sekali gus menjana pendapatan peniaga.

Bagi pengunjung Suzanna Ariff, 31, berkata dia mengetahui mengenai penganjuran pasar berkenaan melalui medium media sosial.

Ibu kepada dua cahaya mata dan berasal dari Gurun, Kedah itu menjelaskan kelainan serta keunikan menjadi faktor yang menyebabkan dirinya terpanggil untuk mengunjungi pasar tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 11 bulan yang lalu

Bersedia! KTM Bakal Memulakan Operasi Kereta Api Enjin Stim Tahun Depan Yang Cukup Klasik Dan Menggamit Memori 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemuda OKU Hilang Ditemukan Maut Dalam Longkang

3

Selera 1 tahun yang lalu

Aiskrim Malaysia Tetap Jadi Pilihan, Bantu Usahawan Jana Pendapatan

4

TARA 1 tahun yang lalu

Sadiah Cafe Bangkit Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Gaya 47 minit yang lalu

Duit Raya Mahu Dibelanjakan Atau Simpan?

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

Belian harus dibuat sebelum 1 Mei dan ia sah untuk perjalanan selama setahun

oleh Rahayu MN

Jelajah 16 jam yang lalu

Nikmati 'Staycation', Percutian Idaman Di 5 Hotel, Resort Baharu

Menawarkan pesona tersendiri, kesemua hotel ini menjanjikan pengalaman indah untuk percutian yang singkat

oleh Rahayu MN