web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemuda OKU Hilang Ditemukan Maut Dalam Longkang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 8:36PM

Mohd Yusri Hassan Basri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan hilang Isnin lepas ditemukan meninggal dunia dalam longkang di Jalan Persiaran Kerian Permai, Parit Buntar, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata mayat pemuda berusia 19 tahun itu ditemukan pada 5.45 petang.

“Polis bertindak atas laporan kehilangan pemuda itu yang dibuat oleh bapanya yang berusia 41 tahun pada 2.06 petang semalam di Balai Polis Parit Buntar.

“Siasatan awal mendapati pemuda itu bersama sepupu lelaki telah pergi ke rumah rakannya di Taman Kerian Permai sekitar 10.30 malam hari kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan itu juga, ketika pemuda itu bersama rakan dan sepupunya dalam perjalanan pulang ke rumah, pemuda itu yang menunggang motosikal berseorangan telah bertindak membuang motosikal lalu berlari ke arah Persiaran Jalan Permai seperti dalam ketakutan.

“Mangsa (pemuda) dikatakan berlari terlalu pantas hingga rakan dan sepupunya tidak nampak kelibatnya. Bapanya cuba mencari, namun gagal lalu meminta bantuan polis.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian telah melakukan siasatan lanjut dan mendapati tiada unsur perlakuan jenayah di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Mohd Yusri proses pengecaman mayat di tempat kejadian turut mendapati pemuda itu adalah anak kepada pengadu yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Beliau berkata beberapa spesimen telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi membantu siasatan dan buat masa ini kematian pemuda itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mohd Yusri meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu dan menghubungi balai polis berdekatan sekiranya mempunyai sebarang maklumat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad