web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sadiah Cafe Bangkit Kenangan Zaman Kanak-Kanak

Kafe berkonsepkan alam semula jadi yang terletak di Kampung Wang Ulu, Bintong, Perlis itu turut memikat pelanggan dengan suasana kampung berlatarbelakangkan Banjaran Nakawan dan kehijauan sawah padi.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 8:05AM

Putu mayung, peknga, sambal gesek dan biskut mayat adalah antara sarapan klasik yang dihidangkan di Sadiah Cafe - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Kuih putu mayong atau putu mayam, peknga, sambal gesek  dan biskut ‘mayat’ adalah antara sarapan klasik di Sadiah Cafe yang mampu membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak bagi kebanyakan pengunjungnya.

Kafe berkonsepkan alam semula jadi yang terletak di Kampung Wang Ulu, Bintong, di sini itu turut memikat pelanggan dengan suasana kampung berlatarbelakangkan Banjaran Nakawan dan kehijauan sawah padi.

Pengurus kafe, Norazliana Adzame, 41, berkata idea membuka cafe tersebut tercetus selepas rindu dengan kenangan zaman kanak-kanaknya sekitar tahun 70-an.

“Resepi sarapan tradisional seperti putu mayong dan peknga ini saya pelajari daripada arwah nenek (Sadiah Jusoh), menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti tepung, kelapa dan gula Melaka

“Ketika saya kecil, arwah nenek setiap hari akan menyediakan menu tersebut kepada cucu-cucunya untuk mengalas perut sebelum naik basikal ke sekolah,” katanya kepada Bernama baru-baru ini. 

Menurutnya Sadiah Cafe yang dibuka sejak setahun lepas itu, diusahakan bersama adiknya yang juga pemilik kafe, Nurul Azli, 40, dan anak saudara mereka, Mohd Rizuan Mohd Yatim, 29.

Beliau yang mesra dengan panggilan ‘Kak Intan’ berkata setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama daripada penduduk sekitar dan pengunjung dari luar Perlis.

“Rata-rata pengunjung memberitahu mereka akan terkenang dan rindukan hidangan sarapan zaman kanak-kanak apabila datang ke Sadiah Cafe, selain rasa tenang dapat melihat keindahan suasana kampung.

“Saya juga sentiasa berpegang kepada pesan ‘Tok’ (nenek) masaklah dengan hati yang ikhlas dan jaga kebersihan kerana kita masak untuk bagi orang lain makan,” katanya yang berazam menambah baik kualiti masakan dari semasa ke semasa.

Norazliana berkata antara menu istimewa yang popular dalam kalangan pengunjung ialah biskut mayat, iaitu biskut yang dihidangkan bersama kelapa parut, gula, serta garam dan biasanya dinikmati bersama kopi panas.

Bagaimanapun, menurutnya kebanyakan menu disediakan dalam kuantiti terhad bagi menjaga kualiti, selain menghadapi masalah kekurangan pekerja.

“Insya-Allah pada masa depan kami akan menambah beberapa hidangan menarik,” katanya sambil memberitahu Sadiah Cafe dibuka bermula 8 pagi untuk sarapan pagi dan 5 petang hingga 12 malam. - Bernama

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini