web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aiskrim Malaysia Tetap Jadi Pilihan, Bantu Usahawan Jana Pendapatan

Dibungkus dalam plastik berbentuk silinder, berwarna-warni dan pelbagai perisa, aiskrim Malaysia kekal menjadi pencuci mulut kegemaran dan pilihan warga Malaysia yang ‘tak lapok dek hujan tak lekang dek panas’.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 6:19PM

Bagi usahawan aiskrim Malaysia, Nur Mala Amin, 36, perisa ‘magnum peanut’, ‘bluemint’ dan durian antara yang istimewa daripada 19 perisa ditawarkan dan mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai lapisan masyarakat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dibungkus dalam plastik berbentuk silinder, berwarna-warni dan pelbagai perisa, aiskrim Malaysia kekal menjadi pencuci mulut kegemaran dan pilihan warga Malaysia yang ‘tak lapok dek hujan tak lekang dek panas’.

Jika dulu hanya beberapa perisa seperti asam boi, jagung dan bandung ditawarkan, kini pelbagai perisa tambahan dengan campuran pelbagai bahan lain seperti vanila coklat, onde-onde gula melaka dan laici sakura turut menambat hati penggemar.

Bagi usahawan aiskrim Malaysia, Nur Mala Amin, 36, perisa ‘magnum peanut’, ‘bluemint’ dan durian antara yang istimewa daripada 19 perisa ditawarkan dan mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Tiga perisa istimewa ini dijual pada harga RM2.50 kerana kualiti bahan yang digunakan dan proses pembuatannya lebih rumit, namun terdapat sembilan perisa lain yang tidak kurang enaknya seperti ‘choki-choki’, sumi, teh hijau, laici, strawberi dan anggur yang masing-masing dijual pada harga RM1.50 dan RM1.00 sebatang. 

“Kebanyakan pelanggan tertarik untuk membeli aiskrim ini kerana teringat nostalgia zaman kanak-kanak. Walaupun terdapat pelbagai jenis aiskrim lain di pasaran, aiskrim Malaysia tetap mempunyai keistimewaan tersendiri,” katanya kepada Bernama.

Beroperasi dari rumah sejak 2017, Mala yang dibantu dua pekerjanya kekal menggunakan kaedah tradisional dalam menghasilkan lebih 100,000 batang aiskrim sebulan. 

“Peralatan yang digunakan juga masih sama seperti proses menghasilkan aiskrim Malaysia dahulu iaitu menggunakan jug dan corong untuk memasukkan adunan ke dalam beg plastik, dan proses paling rumit adalah mengikat plastik dalam menghasilkan saiz sama,” katanya yang mula berniaga aiskrim selepas perniagaan suaminya terjejas. 

Menerusi jenama Akak Aiskrim Malaysia, ibu anak tiga ini sudah boleh berbangga kerana mampu membuka sebuah kedai dan kiosk di Danau Kota, Setapak di sini pada 2019 hingga mampu menjana pendapatan lima angka. 

Seorang lagi usahawan, Nurul Wahida Rosli, 36, yang juga suri rumah turut menjadikan perniagaan aiskrim Malaysia sebagai sampingan bagi membantu suami menambah pendapatan keluarga. 

Bukan sahaja membantu menambah pendapatan, Nurul Wahida berkata perniagaan itu juga menyediakan masa bekerja lebih fleksibel bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada dua anak yang semakin membesar. 

Menurut Nurul Wahida walaupun terdapat pelbagai jenis aiskrim di pasaran, aiskrim Malaysia ternyata masih mendapat tempat kerana harganya yang murah, segar dan mudah dimakan tanpa mengira tempat.  

“Saya terima tempahan lebih 1,000 batang sebulan dan antara perisa yang  paling digemari kanak-kanak adalah ‘choki choki’, ‘rainbow’, ‘oreo’ dan milo.

“Orang dewasa pula lebih gemar memilih perisa bersifat masam manis seperti  asam boi lemon dan nanas,” katanya.

Nurul Wahida yang mengusahakan perniagaan itu bersama ibunya, turut berkongsi perbezaan permintaan aiskrim tersebut dahulu dan kini.

“Kalau dulu kanak-kanak yang akan datang ke rumah untuk beli, berbeza sekarang ibu bapa pula yang datang dan biasanya akan beli dalam kuantiti yang banyak,” katanya sambil menambah pembelian banyak dibuat untuk tempahan majlis. 

Sementara itu, penggemar pencuci mulut itu, Ahmad Nazrin Rosman, 22, berkata aiskrim Malaysia tetap menjadi pilihannya kerana tekstur dan kesegarannya yang dapat menghilangkan dahaga.

“Aiskrim lain kadang-kadang cepat muak dengan bahan terlampau berkrim, melekit dan manis,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini