Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pementasan KLPAC Untuk 'Penyair Rakyat' Usman Awang 

'Remembering Usmang Awang', pementasan istimewa bagi mengenang jasa dan perjuangan panjang Sasterawan Negara kesayangan ramai ini.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 9:22PM

Joe Hasham (kiri) bersama isterinya, Datuk Dr Faridah Merican (kanan) ketika wawancara bersama Bernama baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

 "When can all citizens enjoy rights; To the same justice, the same treatment; And be known as one race: Bangsa Malaysia?"

(Bilakah semua warganegara mendapat hak, layanan dan keadilan yang sama; Dikenali sebagai satu bangsa: Bangsa Malaysia?)

Sajak bertajuk  'My Friend' ini, diterjemah daripada versi asal 'Sahabatku', oleh Allahyarham Datuk Dr Usman Awang, disampaikan oleh Joe Hasham OAM dengan diiringi persembahan tarian oleh Feyee Bethany, sewaktu acara  'Remembering Usman Awang' yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC), baru-baru ini.

Joe Hasham menyampaikan puisi 'My Friend'
Joe Hasham menyampaikan puisi 'My Friend'

Berkisar tentang ketidaksamaan dalam kalangan rakyat Malaysia, Allahyarham yang juga Sasterawan Negara menulis puisi berkenaan untuk sahabatnya, Dr MK Rajakumar, yang dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 60-an. 

Pengasas bersama KLPAC dan Actor Studio, Joe Hasham dan Datuk Dr Faridah Merican, 'Sahabatku' dalam mengenang Usman Awang, bercakap tentang personaliti kemanusiaan Allahyarham sebagai seorang rakan seperjuangan serta mesra dengan semua orang tanpa mengira latar belakang dan bangsa. 

"Saya memilih untuk menyampaikan puisi 'My Friend' dan novel Allahyarham, 'Scattered Bones' (diterjemahkan daripada novel asal Tulang-Tulang Berserakan) untuk memperingati beliau, sahabat baik kami serta mentor saya.

"Saya mengenali Usman menerusi isteri saya, Faridah pada awal 80-an. Beliau menjadi mentor saya bukan sahaja untuk saya menghargai seni persembahan dan sastera tetapi juga kehidupan.

"Kami sahabat akrab dan sering keluar makan bersama. Mengahwini wanita tempatan adalah satu cabaran besar tetapi saya bersyukur kerana dengan adanya Usman, perjalanan hidup saya dengan Faridah dipermudahkan," kongsi Joe Hasham dengan Bernama sewaktu ditemu bual baru-baru ini.

Beliau juga memetik sebahagian daripada novel 'Scattered Bones' (Tulang-Tulang Berserakan), satu-satunya novel karya Usman Awang yang mengandungi aksi, tragedi serta kegembiraan, pertarungan antara Empayar Jajahan Inggeris dan Komunis Malaya untuk menguasai Malaya dalam pementasan berkenaan..

Faridah, yang juga dikenali sebagai Wanita Pertama Teater Malaysia, menggambarkan Usman Awang sebagai seorang lelaki berjiwa 'muhibah dan mudah bergaul'. 

"Beliau begitu bersemangat kalau bercakap tentang soal muhibah dan beliau juga memberi perhatian berat kepada isu kemanusiaan. Beliau tidak pernah langsung menunjukkan rasa benci kepada sesiapa dan sentiasa tersenyum. 

"Ramai tertarik dan terpegun dengan hasil karyanya, termasuk saya. Saya kenal Usman sejak tahun 60-an lagi.

"Tulisannya sering mencerminkan serta mempersoalkan realiti dalam budaya, masyarakat serta tingkah laku," kata Faridah yang juga pengarah 'Remembering Usman Awang'.

Usman Awang. Gambar: Yayasan Usman Awang
Usman Awang. Gambar: Yayasan Usman Awang

Usman Awang adalah nama yang tersohor dalam dunia kesusasteraan tempatan. Dilahirkan sebagai Wan Osman Wan Awang pada 1929 di Kuala Sedili, Johor, Usman turut dikenali dengan nama pena 'Tongkat Warrant' di peringkat awal beliau menceburi bidang penulisan ketika berusia 19 tahun.

Menerusi hasil karya beliau yang antaranya menggarap isu kepentingan keharmonian antara kaum, beliau adalah pendokong sejati untuk kewujudan masyarakat berbilang kaum, selepas merantau ke seluruh ceruk dunia dan melihat sendiri pelbagai budaya serta masyarakat.

Beliau turut dikenali sebagai 'Penyair Rakyat' kerana hasil tulisannya turut menyentuh hati rakyat Malaysia tanpa mengira umur, kaum atau jantina. Semasa hayatnya, beliau memenangi banyak anugerah kesusasteraan, termasuk SEA Write Award (1982) dan Sasterawan Negara (1983).

Bakat serta pencapaian beliau amat dikagumi memandangkan beliau berhenti sekolah pada usia muda akibat kesempitan kewangan keluarganya.

Beliau menjadi buruh paksa semasa penjajahan Jepun dan berkhidmat sebagai anggota polis sewaktu penjajahan Inggeris di Malaya.

Usman kembali ke Rahmatullah pada 29 November 2001.

Dalam Empat Bahasa 

Pementasan teater 'Experiencing Usman Awang' adalah yang kedua oleh KLPAC selepas tempoh empat bulan dan berlangsung dari 21 hingga 24 Oktober lalu dengan pematuhan ketat Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sekitar 200 penonton menyaksikan pementasan teater tiga hari itu.

Untuk meraikan ulang tahun kelahiran Usman yang ke-92 pada 12 Julai (sekiranya beliau masih hidup), KLPAC dengan The Actors Studio mengadakan lapan pementasan pendek - Scattered Bones (Tulang-tulang Berserakan), Sahabatku, Beli Buatan Malaysia, Kekasih, Merpati Putih, Jelajahi Dunia Ini, Mata Ayah, Ke Makan Bonda dan Salam Benua.

Pementasan berkenaan menerusi kaca mata 16 bakat kreatif.

Disampaikan dalam bahasa 'muhibah' - Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Hokkien, ada yang dalam bentuk puisi sementara yang lainnya ditafsirkan secara tarian dan muzik asal, dengan tema cinta, perpaduan, belas kasihan dan semangat kebersamaan.

Menurut Faridah, pasukan pelakon menjalani latihan menerusi Zoom pada 14 Jun lalu untuk persembahan teater sempena ulang tahun hari kelahiran Usman pada 12 Julai.

"Malangnya akibat Perintah Kawalan Pergerakan, kami terpaksa menangguhkannya. Namun kami tidak berputus asa dan menerusikan persediaan dengan harapan kami dapat kebenaran untuk kembali ke pentas.

"Kami bersungguh-sungguh mahu melakukan pementasan ini dan akhirnya, ia dapat juga diadakan," katanya dengan penuh rasa gembira untuk pementasan yang berlangsung pada 21 Oktober lepas.

Beliau berasa amat teruja melihat hasil karya Usman dipentaskan dalam pelbagai bahasa serta bentuk dan berharap rakyat Malaysia dapat menjiwai negara Malaysia yang menerima kepelbagaian masyarakat.

Faridah memuji pementasan dalam bahasa Mandarin dengan musik asal berdasarkan puisi ' Merpati Putih, 'Jelajahilah Dunia Ini' dan 'Mata Ayah', dipersembahkan oleh Tan Li Yang dan Ian Chow. 

Begitu juga tarian Zahir Muzani berdasarkan puisi 'Ke Makam Bonda' serta 'Salam Benua' dalam bahasa Hokkien oleh Mark Beau de Silva dan Amelia Tan. 

"Kami juga berganding bahu dengan pelajar TUTAS (Taylor's University and The Actors Studio) yang menjadi sebahagian daripada pementasan ini. Empat daripada mereka mengambil bahagian dalam puisi kegemaran saya iaitu  'Kekasih' dan penari Feyee Bethany untuk 'Sahabatku'. 

"Kami juga berbangga dengan Sheena Baharudin yang begitu menjiwai puisi 'Merpati Putih', 'Jelajahi Dunia Ini' dan Omar Ali yang mendeklamasikan 'Beli Buatan Malaysia'," katanya.

Memperingati Pujangga Rakyat 

Menurut Faridah, persembahan teater adalah usaha untuk mengenang kembali memori Usman serta hasil karya beliau yang tiada tolok bandingnya, di samping mengekalkan legasi beliau.

Beliau yang juga Profesor Adjung dan pengarah pembangunan program TUTAS berkata, hasil karya Usman adalah sebahagian daripada kelas 'Sejarah Teater Malaysia' untuk program ijazah seni persembahan konservatori.

"Kami merancang untuk menganjurkan pementasan ini secara tahunan sebagai penghormatan kepada masa silam dan akan datang kita. Kami mahu karya-karya Usman Awang dikenang dan kekal dalam memori kita. 

"Dua puluh tahun sudah berlalu sejak Usman meninggal dunia tetapi bagi saya, Usman kekal dalam hati saya," katanya sambil menambah seawal 2019, konsep yang sama dipentaskan bertajuk 'Don't Let Usman Awang Know'.

Joe Hasham berkata, meskipun pementasan yang diadakan itu bukanlah secara besar-besaran, ianya cukup bermakna untuk mengenang tokoh tersohor itu.

"Jika beliau masih ada, kami pasti beliiau akan tersentuh dengan apa yang kami lakukan ini, " katanya. - Bernama

Gambar: Amirul Azmi, Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Hassan Luah Kecewa Kerjasama PH-BN Dalam Puisi, ‘Kini Aku Malu…’

2

Budaya 1 tahun yang lalu

Rahman Shaari Sasterawan Negara Ke-15

3

Budaya 2 tahun yang lalu

Gunakan Puisi Nasihat Golongan Muda Jauhi Rasuah - Ras Adiba

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Karya Minggu Ini: Firman Fadilah

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 13 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 2 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21