web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rahman Shaari Sasterawan Negara Ke-15

Ia diberikan oleh kerajaan kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran serta kegiatan sastera yang bermutu tinggi.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 8:30PM

Rahman Shaari - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Presiden Persatuan Penyair Malaysia (PENYAIR), Datuk Rahman Shaari dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-15, umum Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin hari ini.

Radzi dalam sidang media mengenai Sasterawan Negara ke-15 di sini berkata seramai sembilan panel terlibat dalam pemilihan Sasterawan Negara ke-15 yang bermesyuarat sejak September 2021 bagi menilai 12  pencalonan dengan tiga daripadanya telah disenarai pendek.

Radzi berkata Majlis Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-15 akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Anugerah Sastera Negara diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang secara berterusan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi.

Dr Radzi Jidin - Gambar fail
Dr Radzi Jidin - Gambar fail

Radzi berkata Rahman akan menerima Warkah Penghormatan Negara dan wang tunai sebanyak RM60,000, selain menerima penerbitan sebanyak 50,000 naskhah buku atau nilai harga buku berjumlah maksimum RM500,000 untuk dibeli kerajaan dan disebar luas ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau juga akan menerima kemudahan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan kegiatan mencipta karya sastera dan penerbitan karya, penterjemahan karya yang sesuai dalam bahasa asing, selain elaun sara hidup RM5,000 sebulan.

Rahman yang kini seorang penulis bebas dilahirkan di Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis pada 5 Sept 1949 dan pernah bertugas sebagai seorang guru, pegawai bahasa dan pensyarah di institut pengajian tinggi awam.

Beliau juga pernah menerbitkan 16 buku akademik, 10 novel, terlibat dalam penghasilan kamus, penyusunan buku selain penulisan skrip drama pentas dan televisyen.

Rahman pernah memenangi tempat pertama sayembara menulis esei dan kritikan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1977, Hadiah Sastera Malaysia kategori puisi pada 1976, 1982 dan 1986 dan Anugerah Penyair Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) pada 2013. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ramanan Terima Darjah Kebesaran Pahang Bawa Gelaran Datuk Seri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA TV Terima Anugerah The Knights Award 2023

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anugerah 'Toilet Of The Year 2023' Untuk Tandas Awam Bertaraf BMW - Menteri

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN