web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hassan Luah Kecewa Kerjasama PH-BN Dalam Puisi, ‘Kini Aku Malu…’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 3:21PM

Hassan Abdul Karim - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Hantaran berbentuk puisi ditulis Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim di Facebook miliknya mendapat perhatian ramai apabila meluahkan kekecewaan susulan kerjasama yang termeterai antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Puisi bertajuk ‘Ku Simpan Risalah Reformasi Di Dalam Peti’ itu mengandungi maksud tersirat, dipercayai ditujukan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sanggup menggadai prinsip dan perjuangan asal parti demi kuasa.

Hassan turut mengimbau bagaimana Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memberi jaminan, tidak akan wujud kerjasama antara PH dengan BN untuk membentuk kerajaan baharu.

“Maka, aku pun percaya. Lalu aku kumandangkan suara keyakinanku, ke setiap penjuru tanahair tercinta ini.

“Ke bukit ke gunung, ke lembah, ke lurah, ke tanah datar aku berbicara, bahawa hidup ini hanya sekali.

“Maka marilah kita rakyat marhaen, warga bawahan rakyat jelata, demi keadilan kita bersama, aku seru kita bawa perubahan hakiki yang kita panggil reformasi,” katanya.

Hassan mendedahkan, beliau berasa malu kerana prinsip itu terpaksa digadai demi membentuk kerajaan perpaduan bersama parti lawan yang diterajui UMNO.

“Kini aku malu pada diri sendiri. Aku malu untuk ucapkan kata-kata keramat itu lagi. Separuh jiwaku telah mati.

“Aku merasa tewas. Ketika menang tanpa integriti seperti ini,” katanya.

Pada masa sama, Hassan turut menggesa Anwar yang dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu untuk berlaku jujur kepada rakan dalam parti dan juga penyokong. 

“Apakah benar? Yang lurus itu dakwah. Politik ini bengkang bengkok rupanya? Naif sungguh aku ini. Lurus bendul selama ini,” katanya.

Justeru, beliau mengambil keputusan untuk menyimpan semua ucapan serta tulisan mempromosikan reformasi iaitu slogan politik Anwar sepanjang dua dekad melawan UMNO, selepas kedua-dua gabungan itu bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan.

“Setelah terbangun dari mimpi. Aku ambil peti kayu di tepi katil tidurku. Lalu aku lipat dan ku simpan.

“Segala risalah dan teks ucapanku. Yang menyeru reformasi, reformasi. Hampir suku abad, selama ini,” katanya.

Hassan yang juga mantan Pengerusi PKR Johor sebelum ini amat lantang membantah kerjasama antara PH dengan BN, malah beliau turut menentang tindakan melantik pemimpin kluster mahkamah dari UMNO dalam Kabinet baharu.

Namun pada malam Jumaat lalu, Anwar mengumumkan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang turut menyandang portfolio Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Tindakan itu turut mencetuskan kemarahan rakyat kerana tidak bersetuju Zahid yang berdepan 47 pertuduhan rasuah dan pecah amanah melibatkan jutaan ringgit, diberi peranan penting berkenaan.

Beberapa pemimpin PH pula dilihat terpaksa mempertahan keputusan tersebut dengan menyatakan, langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan Anwar terus berkuasa.

Antaranya, mantan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menegaskan Anwar mempunyai asas tertentu dalam membuat keputusan berkenaan, meskipun wujud nada kemarahan dalam kalangan rakyat.

"Semasa sarapan di Parit 19 tadi, pelbagai reaksi diterima mengenai Kabinet YAB Perdana Menteri @anwaribrahim, khususnya pelantikan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri, yang rata-rata mengundang kemarahan.

"Namun, keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri tentunya berasas - ibarat kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan," katanya menerusi ciapan di Twitter, Sabtu lalu. – Getaran, 5 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95