web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gunakan Puisi Nasihat Golongan Muda Jauhi Rasuah - Ras Adiba

Penyampaian puisi dalam pelbagai gaya dan bentuk dapat menarik perhatian, khususnya anak muda dalam memahami sesuatu isu yang berlaku.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 10:51AM

Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyampaikan nyanyian lagu puisi bertajuk 'Fatwa Pujangga' pada Program Baca Puisi Anti Rasuah Pemuisi @ Karangkraf. Gambar: Mohd Johari Ibrahim, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mesej atau nasihat khususnya dalam mendidik golongan muda menjauhi amalan rasuah boleh dilakukan menerusi puisi yang dilihat lembut namun menepati dengan apa yang ingin disampaikan.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata selain penyampaian puisi dalam pelbagai gaya dan bentuk, ia juga dapat menarik perhatian khususnya anak muda dalam memahami sesuatu isu yang berlaku.

“Kita kadang lupa, mesej penyampaian antirasuah ini boleh disampaikan melalui sastera. Ia boleh disampaikan melalui lagu, gurindam dan seloka yang mampu menarik perhatian anak muda kita,” katanya kepada pemberita selepas program Baca Puisi Anti Rasuah Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (Pemuisi)@Karangkraf di Shah Alam.

Ras Adiba berkata program deklamasi puisi itu juga boleh dijadikan satu platform untuk memberi nasihat dan dilaksanakan tepat pada waktunya.

“Program hari ini (platform) untuk memberi nasihat. (Cara nasihat menggunakan puisi) sangat lembut dan halus namun terus kepada perkara yang hendak disampaikan. Mungkin kalau kita terus (menegur), orang tidak mahu dengar,” katanya yang mendeklamasikan puisi lagu bertajuk ‘Fatwa Pujangga’ pada program tersebut.

Beliau berkata program anjuran Pemuisi dengan kerjasama Karangkraf itu akan turut dilaksanakan oleh Bernama khusus bagi menarik minat kepada puisi syair di samping dapat memberikan unsur-unsur nasihat. 

Terdahulu, Presiden Pemuisi Datuk Dr Radzuan Ibrahim dalam ucapannya berkata program hari ini merupakan satu daripada usaha persatuan itu menolak amalan rasuah.

“Pemuisi akan menyokong segala kempen memerangi rasuah dengan cara pemuisi. Sesuai dengan visi pemuisi ‘Suara Kemanusiaan Sejagat’. Pemuisi akan memerangi rasuah dengan bait-bait puisi menyedarkan masyarakat bahawa rasuah itu adalah perosak negara, hina dan harus dibasmikan.

“Pada hari ini beberapa orang pemuisi mempersembahkan bacaan puisi, syair, lagu puisi yang bertemakan rasuah. Semoga penonton di sini dan pelayar media sosial dapat menghayati bait-bait indah puisi yang sangat bermakna dan memikirkan tafsiran sebenar di sebaliknya,” katanya.

Beliau turut berharap program berkenaan sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan mengenai kepelbagaian puisi, sesuai dengan hasrat persatuan itu untuk memasyarakatkan karya sastera tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN