Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lukis Bintang Jalur Gemilang? Mudah Saja Dengan Teknik #Bijakseni Cikgu Irma

Dengan lebih 55,000 pengikut di akaun TikTok, Cikgu Irma berharap perkongsian beliau akan menjadi titik mula penerimaan kaedah pembelajaran seni dimensi baru.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 8:56AM

Cikgu Irma Rahayu Ibrahim. Gambar: Facebook Irma Rahayu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih ingatkah anda betapa mencabarnya melukis bintang pecah 14 bucu pada bendera Malaysia waktu persekolahan dahulu? Susah bukan? Apatah lagi dalam mencapai simetri yang dikehendaki.

Kadang-kadang bintang tersebut menyerupai buah durian atau tidak menjadi bentuk bintang yang diharapkan. Malah, pecahan bintang ada kalanya tidak cukup 14.

Menyedari cabaran itu, Irma Rahayu Ibrahim, 42, dari SMK USJ 13, Subang Jaya Selangor mengambil inisiatif berkongsi tutorial kaedah menghasilkan lukisan bintang pecah 14 dengan sempurna di akaun TikTok beliau baru-baru ini.

 

BINTANG PECAH 14

Menerusi hantaran di @bijaksenicikguirma yang setakat ini telah meraih lebih 1,000 perkongsian dan 300,000 tontonan, guru yang mesra disapa Cikgu Irma ini memulakan tutorial dengan melakar dua garisan bulatan bertindih – satu kecil dan satu besar, menggunakan jangka lukis.

Seterusnya bulatan tersebut dibahagikan kepada dua bahagian. Setiap bahagian terdapat enam pecahan bintang berbentuk segi tiga. Pecahan yang ketujuh pula berada pada paksi garisan lurus di tengah bulatan.

Beliau yang merupakan guru subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) berkata, kedua-dua bahagian tadi digabungkan bagi menghasilkan 14 pecahan kesemuanya.

"Idea untuk menghasilkan tutorial itu tercetus apabila seorang guru memberi latihan PdPR kepada anak saya untuk melukis bendera Malaysia.

“Bila tiba untuk melukis bintang, ia mengimbau kembali kenangan saya waktu sekolah rendah bagaimana sukarnya nak lukis bintang tersebut," ujar Cikgu Irma ketika dihubungi oleh Bernama.

 Jelas guru kelulusan Sarjana Pendidikan Seni Visual, Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini, teknik melukis bintangnya boleh diikuti oleh semua individu, bukan sahaja murid sekolah rendah atau menengah.

Dengan tutorial bertanda pagar #bijakseni tersebut diharapkan selepas ini murid-murid dapat melukis bintang pecah 14 dengan sempurna.

 

#bijakseni

Menceritakan permulaan penggunaan tanda pagar #bijakseni, Cikgu Irma berkata idea tercetus ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama sewaktu Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bermula.

Guru yang berasal dari Kelana Jaya, Selangor ini berkata penggunaan tanda pagar itu memudahkan pencarian bahan PdPRnya di semua platform sosial media.

"Penggunaan tanda pagar #bijakseni di akaun TikTok telah dimulai pada tahun 2020 dan kini telah menerima 6.4 juta tontonan di platform tersebut.

"Taip sahaja #bijakseni akan keluar video PdPR seni visual saya dan aktiviti PSV saya bersama anak murid untuk rujukan. Selain itu, ia memudahkan anak-anak murid saya menonton ketika di luar sesi PdPR," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau menganjurkan kelas melukis persendirian, beliau menyatakan setakat ini belum ada tetapi jika berminat, boleh melayari video pengajaran beliau @bijaksenicikguirma di saluran YouTube dan juga Tiktok.

 

PENGHARGAAN

Guru yang juga ibu kepada empat cahaya mata ini telah menerima pelbagai penghargaan dan kejayaan sepanjang 17 tahun mengajar.

Antaranya ialah Guru Inovatif Selangor (Kategori Sek Men) 2020, Top 100 Guru Adiwira Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) anjuran Kementerian Pendidikan, Edufluencer dan Anugerah Video Cikgu TikTok Terbaik dari TikTok Malaysia.

Selain itu beliau turut memenangi pertandingan inovasi iaitu Gold Award for Putra Innocreative Carnival Teaching & Learning, Universiti Putra Malaysia dan Silver Award: International Competition for Educational Innovation And Research, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Cikgu Irma juga telah membangunkan satu sistem pembelajaran subjek PSV iaitu Smart Art-Tech Learning System.

Melalui sistem ini pelajar akan melalui satu proses pembelajaran sistematik secara berfasa dengan adanya Kelas Pendidikan Seni Secara Maya dan Galeri Seni Secara Maya.

Sistem ini membentuk asas kukuh bagi domain kognitif dan psikomotor serta efektif dalam menyediakan pelajar ke arah Revolusi Perindustrian 4.0.

Dengan lebih 55,000 pengikut di akaun TikTok, Cikgu Irma berharap perkongsian beliau akan menjadi titik mula penerimaan kaedah pembelajaran seni dimensi baru. Beliau turut aktif mengajar di platform Instagram dan YouTube.

"Teruskan berkarya dalam apa jua platform atau bahan kerana selain meningkatkan kemahiran psikomotor, seni jua sebagai salah satu terapi diri," nasihat Cikgu Irma. - Bernama

Isu Pada

Aspirasi Deborah Henry, Marsha Londoh Dan Douglas Lim

28 Aug 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

3

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

4

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 20 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran