web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menyingkap Acara Jubli Intan 60 Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

Ketahui kemasyhuran acara yang meraikan angkatan bersenjata salah sebuah negara jiran Malaysia.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 9:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kesibukan majoriti negara dunia membanteras pandemik COVID-19, sebuah negara anggota ASEAN yang juga salah satu jiran terdekat Malaysia sudah boleh menjalankan hidup seperti biasa dengan hanya mengamalkan beberapa norma baharu.

Ya, Brunei Darussalam, antara negara terkaya di muka bumi ini sudah lebih setahun bebas dari belenggu COVID-19. Rakyatnya kini menjalani hidup seperti sediakala berkat usaha yang dijalankan kerajaan mereka dalam menangani wabak tersebut.

Seperti negara lain, mereka juga punya warga barisan hadapan tersendiri dan ini termasuklah angkatan bersenjata yang berwibawa.

Pasti ramai yang tidak pernah melihat aksi warga ‘si baju hijau’ Brunei, untuk itu kami kongsikan sedikit intaian ke dalam upacara perbarisan raksasa bersempena Sambutan Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan hujung minggu lalu.

Berangkat ke Upacara tersebut  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mengiringi Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua (II); dan Mejar Jeneral (Udara) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Pemerintah ABDB.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Pasukan-pasukan Perbarisan daripada 1,060 orang anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan (IL) ABDB, Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB, Pasukan Askar Wanita dan Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, di bawah perintah 477 Leftenan Kolonel Mohd Rizal bin Haji Abdul Hadi.

Setelah memeriksa perbarisan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyaksikan perbarisan berlalu.

Di akhir upacara perbarisan raksasa ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sekali lagi disembahkan Tabik Hormat Diraja, diiringi dengan Lagu Kebangsaan serta terbang lalu pesawat-pesawat TUDB yang diketuai oleh paduka anakanda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Tema sambutan pada tahun ini iaitu ‘Bersama Menjayakan Wawasan Negara’, menggariskan komitmen ABDB yang berterusan, sebagai tonggak pertahanan dan keselamatan negara dengan memastikan persekitaran yang aman dan damai melalui pertahanan secara holistik serta sekuriti yang jitu. - Getaran, 6 Jun 2021.

Semua gambar ihsan Jabatan Penerangan, Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam

Isu Pada

Jagoan Litar : Lewis Hamilton Dan Valtteri Bottas

05 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar