web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadi Jurulatih Kecergasan, Helmi Abdullah Tukar Hobi Jadi Kerjaya

Getaran mendekati personaliti dari Brunei, Helmi Abdullah yang berjaya menjadikan hobinya sebagai kerjaya tetap dalam bidang kecergasan.

Brunei Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 8:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya berjaya menjadikan hobi sebagai kerjaya saya.’’

Itulah kata Helmi Abdullah, seorang jurulatih kecergasan sebagai pembuka kata. 

Dia tidak mengenal erti kalah dan putus asa walaupun keputusannya untuk menjadikan bidang kecergasan sebagai kerjaya tidak disokong dan dikritik beberapa ahli keluarga. 

Helmi Abdullah
Helmi Abdullah

Mula mendalami minat dalam bidang kecergasan ketika masih menuntut di University of Cardiff, United Kingdom pada tahun 2011, Helmi nekad untuk berhenti daripada pekerjaan tetap pada tahun 2014.

Dia memberanikan diri memulakan kerjaya baharunya dengan membuka kelas kecergasan tanpa bermodalkan apa-apa selain suara, papan tulis dan pen marker. 

Walaupun tidak mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat pada mulanya, namun dengan sikap yang tidak mengenal erti putus asa dan kekalahan, dia meneruskan niatnya itu dengan menggunakan beberapa tempat seperti taman rekreasi, pantai serta tapak letak kereta sebagai lokasi kelas.

“Saya ingin menolong orang ramai untuk melakukan kegiatan fizikal serta mencapai berat badan dan bentuk badan yang diimpikan.

“Saya mula mempunyai pusat kesihatan sendiri pada tahun 2016 dengan modal sekitar RM52,000 namun hanya dapat menyediakan peralatan yang terhad.”

Dengan bekal pengalaman dalam bidang kesihatan dan kecergasan, kini pusat kecergasan miliknya iaitu Helmi Abdullah Fitness (HAF) menjadi salah sebuah pusat kecergasan yang terkenal di Brunei Darussalam.

Kali pertama Brunei Darussalam dilanda wabak COVID-19 pada tahun 2020, semua pusat kecergasan ditutup serta-merta. 

Penutupan itu memberikan impak yang sangat besar kepada dirinya kerana terpaksa menutup sepenuhnya pusat kecergasannya.

Namun setelah pusat kecergasan mula dibenarkan beroperasi kembali selepas dua bulan, Helmi membuka pusat kecergasannya yang baru di kawasan yang lebih strategik.

“Latihan yang dikendalikan oleh HAF berfokus kepada latihan berkumpulan, di mana kami menyediakan platform kegiatan fizikal untuk semua lapisan masyarakat dan umur.

“Latihan yang dipanggil Bootcamp yang menggunakan kaedah High Intensity Interval Training (HIIT) sangat efektif dan menjimatkan masa terutama untuk individu yang sibuk dengan kerja atau dengan komitmen keluarga,” jelasnya.

Pada awal bulan Ogos tahun ini, Brunei Darussalam sekali lagi dikejutkan dengan gelombang kedua wabak COVID-19.

Walaupun prosedur operasi standard memerlukan premis-premis dan pusat-pusat kecergasan ditutup, namun HAF sudah bersedia menangani cabaran tersebut. 

Antaranya dengan memperkenalkan latihan dalam talian (online). Kaedah tersebut jelas sangat berkesan walaupun suasana sangat berbeza daripada lazimnya.

Ia juga telah membuktikan bahawa walaupun tidak bertemu, usahanya dalam memberikan latihan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya dapat diteruskan.

“Sebagai jurulatih kecergasan, saya telah mengadaptasikan diri saya kepada norma baharu ini dan dengan tindakan yang cepat, saya telah memulakan virtual class saya sehari selepas pusat kecergasan diarahkan untuk tutup. 

“Saya juga telah mengambil inisiatif baharu di mana ketika musim COVID-19 ini, saya dan beberapa kakitangan HAF memulakan perniagaan sampingan menjual makanan sihat,” tambahnya.

Sepanjang menjadi jurulatih kecergasan dan pemilik pusat kecergasan, tentunya banyak pengalaman pahit dan manis yang telah diperolehi oleh Helmi. 

Namun dengan cabaran-cabaran yang ditempuhi, ianya telah menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan perjuangannya ini.

“Sebagai seorang pengusaha, saya sentiasa melatih dan memajukan diri saya agar dapat beradaptasi dengan situasi pada masa ini.

“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi berusaha untuk mencari ilmu baru dan sentiasa ingin belajar untuk kekal relevan dalam bidang saya, iaitu industri kesihatan dan kecergasan,” kata Helmi menutup bicara.

HAF merancang untuk kekal menjadi ‘The Number 1 Bootcamp In Brunei’.

Ini bertepatan dengan moto HAF sendiri iaitu ingin membantu ramai lagi orang untuk kekal sihat dan aktif sekali gus membantu rakyat Brunei melawan penyakit berjangkit. - Getaran, 14 November 2021

Gambar: Azizi Ahmad dan Helmi Abdullah

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Brunei Stabil, Perlukan Pemantauan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad