web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

Di Malaysia kalau kita sentuh isu 3R maka pihak berkuasa akan bertindak, kata Fahmi Fadzil.

Seni & Hiburan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2024 8:16AM

Fahmi Fadzil bergambar bersama penerbit, pengarah dan para pelakon filem Memoir Seorang Guru pada Majlis Malam Gala 'Ini Kisah Nyata, Ini Kisah Kita' di GSC Midvalley, Kuala Lumpur, malam tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembatalan permit persembahan pelawak terkenal Sharul Channa di Malaysia oleh Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing Dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), dibuat setelah mengambil kira laporan polis berkaitan sebuah video lamanya, yang dikatakan menyentuh isu bangsa, agama dan institusi raja (3R).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, PUSPAL telah menerima makluman dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), bahawa terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.

"Saya difahamkan, kerana video yang dimuat naik untuk mempromosikan persembahan itu dimuat naik baru-baru ini, dan akibat video yang dimuat naik itulah sejumlah laporan polis dibuat dan laporan polis itu dikatakan ia ada berkait isu 3R.

"Itu mungkin video lama, tapi laporan polis itu berkait isu 3R. Jadi PUSPAL telah mendapat maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan senario tersebut," katanya kepada pemberita selepas menghadiri malam gala dan sidang media Memoir Seorang Guru, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Sharul menerusi hantaran video di Facebook meluahkan kekecewaan apabila permit bagi pembabitannya untuk persembahan komedi, Just Joking di Petaling Jaya Live Arts Centre dibatalkan PUSPAL, dua hari sebelum acara itu berlangsung.

Fahmi berkata, tindakan diambil PUSPAL itu juga merupakan satu peringatan kepada artis dalam dan luar negara, agar tidak sama sekali menyentuh isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

"Di Malaysia kalau kita sentuh isu 3R maka pihak berkuasa akan bertindak dan itu peringatan yang saya berikan sama ada kepada pengguna media sosial, kepada artis. Jadi isu ini adalah dalam bidang kuasa siasatan polis," katanya. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 8 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN