Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 MNO Kekal Komited Bersama DNB, Akses 5G Di Landasan Tepat - Tengku Zafrul

Berita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 3:54PM

Tengku Zafrul - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan dua pengendali rangkaian operasi mudah alih (MNO) untuk tidak melanggan saham Digital Nasional Bhd (DNB) tidak memberi impak besar kepada kerajaan dari segi kewangan kerana terdapat beberapa bank tempatan dan juga bank asing yang bersedia untuk membiayai  pelaksanaan 5G di Malaysia.

“Ini juga mencerminkan keyakinan sektor swasta terhadap pelan pembangunan 5G di negara kita,” kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz kepada Bernama. 

Namun begitu, katanya, keputusan tersebut sudah tentunya ada impaknya dari segi melambatkan garis masa pelaksanaan 5G untuk rakyat dan perniagaan dan hakikat bahawa Malaysia sudah tertinggal dari segi pelaksanaannya berbanding dengan negara jiran serantau.

Terkini, dua daripada empat pengendali rangkaian operasi mudah alih (MNO) yang komited untuk melanggan saham DNB terpaksa berbincang semula dengan pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah masing-masing bagi kemungkinan melanggan jumlah pegangan ekuiti yang berbeza.

Empat MNO iaitu Celcom Axiata Bhd, Digi.com Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM) masih tetap dengan keputusan masing-masing untuk melanggan saham DNB.

Difahamkan Maxis Bhd dan U Mobile Sdn Bhd tidak bercadang untuk mengambil kepentingan dalam DNB.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata ada kemungkinan saham DNB akan ditawarkan kepada MNO asing.

“Opsyen untuk menawarkan pegangan ekuiti kepada MNO asing juga masih ada kerana pelbagai MNO asing telah menzahirkan hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan rangkaian 5G tempatan.

“Dasar Kerajaan adalah untuk mengutamakan MNO domestik, namun dengan adanya baki saham yang masih boleh dilanggan, kerajaan tidak menolak kemungkinan penawaran saham DNB kepada MNO asing,” katanya.

Perjanjian Langganan Saham baharu pada September, 80 peratus liputan 5G menjelang 2024

Mengenai Perjanjian Langganan Saham (SSA) baharu, Tengku Zafrul berkata beliau berharap agar ia dapat dimuktamadkan pada bulan September agar kerajaan boleh menawarkan perkhidmatan 5G secepat mungkin untuk manfaat Keluarga Malaysia.

“Yang paling penting adalah pelaksanaan 5G buat manfaat rakyat dan perniagaan. Dalam tempoh rundingan untuk memuktamadkan SSA, saya difahamkan DNB juga telah menjalankan rundingan mengenai Perjanjian Akses 5G,” katanya.

Menurutnya, bagi MNO yang tidak melanggani saham DNB, mereka masih boleh menawarkan akses 5G melalui Perjanjian Akses 5G.

Beliau berkata, pembangunan infrastruktur 5G Malaysia amat penting untuk Malaysia membina ekonomi berasaskan digital yang berpotensi meraih pelbagai kesan pengganda seperti peningkatan kumulatif keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga RM650 bilion bagi tempoh 2022-2030 serta penjanaan 750,000 pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi.

“Ia juga bakal memanfaatkan sembilan industri dan sektor, dan bakal mendorong pembangunan 15 bandar raya pintar,” katanya.

Kementerian Kewangan melalui pegangan ekuiti dalam DNB akan memastikan agar rangkaian dan infrastruktur 5G dibangunkan secepat mungkin dan DNB kekal di landasannya bagi mencapai 80 peratus liputan 5G di kawasan berpenduduk menjelang 2024. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 18 jam yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-kanak Perempuan Cedera Terjatuh Dari Tingkat 2 Pangsapuri

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM