web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Untung Bersih Suku Pertama Affin Bank Naik Kepada RM142.69 Juta

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2022 8:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keuntungan bersih Affin Bank Bhd naik kepada RM142.69 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 (suku pertama 2022) daripada RM68.94 juta pada suku pertama 2021, berikutan peningkatan pendapatan daripada faedah bersih, perbankan Islam, yuran bersih dan komisen serta elaun bagi kerugian rosot nilai.

Hasil susut kepada RM528.82 juta daripada RM537.63 juta sebelum itu, kata bank itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Wan Razly Abdullah berkata perjalanan berterusan kumpulan AFFIN untuk menilai semula dan mengubah pengalaman perkhidmatan pelanggannya, yang dikenali sebagai pelan Metamorphosis and Affinity in Motion 2022 (AIM22), membuktikan prestasi kewangan kumpulan yang bertambah baik dengan mencapai pencapaian tertentu dan sasaran yang ditetapkan.

“Walaupun pada masa ini terdapat halangan yang kuat untuk bahagian pertama 2022, kumpulan  percaya terdapat potensi untuk pertumbuhan perniagaan apabila ekonomi Malaysia pulih daripada pandemik COVID-19.

"Kami akan terus meningkatkan kecekapan operasi kami dan memanfaatkan sinergi seluruh kumpulan untuk mencapai pertumbuhan yang mampan walaupun dalam persekitaran operasi yang mencabar dan kompetitif," katanya.

Beliau berkata Affin Bank berada di landasan yang betul dengan angka suku pertamanya berdasarkan pelan AIM22 kumpulan dan optimis pelan tindakan dalam baki sembilan bulan akan membolehkan kumpulan itu mencapai sasaran kewangannya untuk 2022.

"Kumpulan semakin kukuh dan kami menyasarkan untuk menjadi lebih berdaya tahan bagi mengharungi turun naik pasaran," tambahnya. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad