web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022: Mahasiswa B40 Terima Peranti Digital Percuma

Berita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 6:13PM

Bantuan ini dijangka memanfaatkan seramai 600,000 mahasiswa dalam kalangan golongan berkenaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi memastikan proses pengajian mahasiswa B40 lebih terjamin, kerajaan bersetuju membekalkan sebuah tablet kepada setiap mahasiswa dari golongan itu menerusi inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz, berkata usaha dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih itu akan membabitkan peruntukan RM450 juta.

Katanya, ia dijangka memanfaatkan seramai 600,000 mahasiswa dalam kalangan golongan berkenaan.

“Sepanjang tempoh pandemik COVID-19, mahasiswa tetap meneruskan pengajian mereka dalam norma baharu. Bagi pelajar kurang mampu, mereka adakalanya perlu meminjam peranti kawan atau ke pusat internet di pekan untuk membuat tugasan pengajian.

“Kadang-kadang ada antara mereka tidak dapat hadir ke kuliah dalam talian (maya). Justeru, kerajaan memperkenalkan PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi memastikan proses pengajian pelajar B40 ini terus terpelihara dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bajet bertemakan keluarga Malaysia Makmur Sejahtera itu membabitkan dana keseluruhan sebanyak 332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukkan tertinggi berbanding bajet sebelumnya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan akan meneruskan pemberian bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan kepada murid dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

“Ini bagi memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat makanan berkhasiat setiap hari demi pertumbuhan fizikal dan mental menyeluruh.

“Sebahagian perolehan ini akan dikhaskan kepada pengeluar susu tempatan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, buat pertama kalinya dalam peruntukan belanjawan negara, Bajet 2022 menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 kepada lebih 400 ribu guru sekolah di bawah KPM.

“Sewaktu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), guru memainkan peranan dalam memastikan setiap anak murid tidak tercicir daripada mendapat pendidikan formal.

“Jadi, insentif ini sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid semasa tempoh pandemik,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Politik 2 tahun yang lalu

Masih Ada Program Perguna Penuntut IPTA, ‘Tak Sangka Ada Lagi Benda Macam Ni’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad