web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan Filem Polis Evo 3 : Ibarat Makan Nasi Lemak Yang Sama Setiap Hari, Sedap Tetapi Klise

Ada babak-babak dalam filem arahan Syafiq Yusof ini sudah dapat diduga apa yang akan terjadi seterusnya, namun masih menarik untuk ditonton.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 4:03PM

Dari kiri Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad dan Zizan Razak - Gambar Astro Shaw

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan filem Polis Evo 1 dan Polis Evo 2 pastinya akan membuatkan ramai peminat francais filem ini ternanti-nanti sekuel yang seterusnya.

Seperti yang semua tahu, sejak Polis Evo yang pertama, pengarah untuk filem ini ialah berbeza-beza. Polis Evo 1 diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, yang kedua pula diarahkan oleh Joel dan Andrew Chiew.

Dan untuk Polis Evo 3, pengarah muda Syafiq Yusof diberikan tanggungjawab untuk duduk di kerusi pengarah.

Polis Evo 1 dan 2 berjaya memberi impak yang luar biasa terhadap landskap filem aksi tempatan. Daripada menyelesaikan kes dadah di Terengganu, Inspektor Sani lakonan Zizan Razak dan Inspektor Khai lakonan Shaheizy Sam perlu bertarung pula dengan pengganas yang cuba menggugat keselamatan negara.

Dalam Polis Evo 3, dua sahabat ini dilihat lebih matang. Mereka berdua kini dalam persiapan untuk mendirikan rumah tangga.

Sani dengan pilihan hatinya, manakala Khai pula dengan adik Sani iaitu Anis lakonan Nora Danish.

Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam
Zizan Razak (kiri) dan Shaheizy Sam

Salah satu faktor utama yang menjadi nadi penggerak kepada cerita bertemakan kepolisian adalah watak antagonisnya. Kali ini, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad telah dipilih untuk memegang tanggung jawab itu. 

Sharnaaz membawa watak sebagai Reza, bekas anggota polis yang menyimpan dendam terhadap bekas pasukannya terutama Inspektor Khai yang pernah menjadi sahabat baiknya. 

Cerita mengenai balas dendam bekas ahli unit beruniform ini bukanlah sesuatu yang baru yang kita pernah tonton. Di Hollywood sudah biasa menghidangkan filem dengan jalan cerita sebegini. Di Malaysia mungkin ada satu dua filem. Dan Polis Evo 3 menjadi yang terbaru. 

Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

Namun, Sharnaaz saya kira dapat membawa watak ini dengan baik. Dia berjaya menyuntik emosi dalam watak Reza yang terkesan dengan tragedi yang menimpa dalam hidupnya

Sesekali terimbas wataknya sebagai Lan Todak. Tetapi kali ini lebih ganas dan psiko. 

Disebabkan saya sudah sebati dengan watak Sani dan Khai, untuk filem ketiga ini saya rasakan seperti tiada pembaharuan dari segi karakter mereka. Kalau ada pun mungkin dari segi fizikal terutamanya Shaheizy Sam. 

Terdapat babak di mana Sam ‘belanja’ sosok tubuhnya yang tidak berbaju yang pastinya akan membuatkan ramai tidak keruan. Tetapi jangan salah sangka, lakonan mereka berdua tetap cemerlang.

Shaheizy Sam
Shaheizy Sam

Salah satu watak yang saya suka dalam filem ini ialah watak Fauzi Nawawi. Fauzi memegang watak sebagai ketua pasukan ACP Farouk.

Dia kelihatan sangat meyakinkan sebagai seorang ketua pasukan polis. 

Begitu juga dengan Farali Khan yang membawa watak sebagai Inspektor Julie yang juga merupakan penembak tepat. Farali dilihat melakonkan wataknya dengan selamba dan begitu tangkas. Anda seperti benar-benar yakin bahawa dia adalah seorang inspektor polis. 

Dari kiri Fauzi, Farali dan Douglas
Dari kiri Fauzi, Farali dan Douglas

Watak Douglas Lim sebagai pakar IT juga mencuit hati penonton dengan lawaknya yang spontan dan tidak dibuat-buat. Syafiq Kyle yang memegang watak sebagai pemusnah bom pula kelihatan sedikit tenggelam di dalam filem ini.

Sepanjang perjalanan saya menonton filem ini, ada babak-babak yang saya sudah dapat menduga apa yang akan berlaku seterusnya.

Mungkin kerana sudah terbiasa menonton filem dengan plot yang sama. Ada juga babak yang saya rasa saya sudah pernah tonton sebelum ini. Tetapi kini diadaptasi versi Malaysia. Dan ada juga babak-babak yang saya rasa kurang logik. But after all, this is just a movie. 

Zizan Razak
Zizan Razak

Tetapi apa yang boleh saya katakan, ini adalah filem arahan Syafiq Yusof yang paling kemas yang pernah saya tonton. Sebenarnya saya risau juga andai filem ini kelihatan seperti filem Abang Long Fadil.

Memandangkan pelakon utamanya juga sama iaitu Zizan Razak. Mungkin ada sedikit persamaan di babak awal filem ini yang melibatkan watak lakonan Michael Ang.

 Selebihnya saya percaya, Syafiq masih menghormati jalan cerita yang ditulis oleh penulis filem ini iaitu Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Abhilash Chandra dan Benice Loew.

Pujian harus diberikan untuk sinematografi filem dan juga kostum yang digunakan terutamanya babak yang melibatkan pasukan unit beruniform. 

Dari kiri Sam, Zizan dan Syafiq Kyle
Dari kiri Sam, Zizan dan Syafiq Kyle

Kesimpulannya, filem Polis Evo 3 tetap menarik untuk ditonton dan menjadi satu kemestian jika anda merupakan peminat Polis Evo. Ibarat memakan nasi lemak yang sama setiap hari dari gerai kegemaran anda. Sedap dan klise, tetapi masih boleh dilayan tekak. – Getaran , 25 Mei 2023

Rating : 4 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Polis Evo 3 Diabadikan Di Mural Gergasi

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

3

TARA 3 tahun yang lalu

Polis Evo 3 Kini Boleh Didapati Dalam  Permainan PUBG Mobile, Bersama Pek Suara Inspektor Sani Dan Inspektor Khai 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih RM16 Juta Hari Ke 4 Tayangan Rasmi, Polis Evo 3 Tepis Filem Hollywood Fast X Dan Pecah Rekod Mat Kilau

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 15 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...