Zaman yang kian berubah menuntut semua manusia untuk sentiasa berhati-hati kerana kadangkala nahas boleh berlaku tanpa diduga di mana sahaja.
Baru-baru ini Skudai, Johor, seorang lelaki terpaksa menanggung kerugian selepas keretanya 'dihentam' kenderaan lain sewaktu berada di lampu isyarat.
Difahamkan laporan polis mengenai insiden itu sudah dibuat tetapi dia masih menunggu laporan oleh pihak yang melanggar. - Getaran, 24 Mei 2024
@getaranmy Kesian abang owner dashcam kita ni. Menurut beliau, laporan polis telah pun dibuat tapi masih menunggu laporan dari pihak yang melanggarnya pula. Kejadian di Skudai, Johor Bahru. #getaranmy #dashcam ♬ original sound - Getaran