Penduduk dan pekerja di sekitar kawasan perindustrian di USJ 1, Subang Jaya dikejutkan dengan sekurang-kurangnya dua ekor buaya yang bersidai dalam Sungai Klang yang melalui kawasan itu.
Melalui video yang dimuat naik di media sosial semalam, kelihatan buaya berkenaan berada di dasar sungai yang cetek, berdekatan dengan kawasan kilang.
Kelibat buaya di Sungai Klang bukan sesuatu yang baharu kerana sebelum ini pernah dilaporkan buaya kelihatan di sekitar Shah Alam. – Getaran, 8 Januari 2024
@getaranmy Buaya di Puchong! Reptilia itu dipercayai memasuki sungai itu dari lokasi berhampiran. #GetaranMY #Semasa #TERKINI ♬ original sound - Getaran