Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masters Malaysia 2023 Pamer Pelbagai Aksi Semangat Juang Dan Kental Pemain

Video & Galeri Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 6:56PM

Aksi Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada final Masters Malaysia 2023 yang berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejohanan badminton Masters Malaysia 2023 yang berlangsung minggu lepas di Axiata Arena, Kuala Lumpur memberikan keceriaan kepada peminat tempatan yang rindukan aksi menarik daripada jaguh badminton negara.

Antara yang menjadi tumpuan ialah pasangan beregu Pearly Tan-M.Thinaah yang mencipta sensasi apabila menempuh rali panjang sebanyak 211 pukulan dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 51 minit sebelum mengetepikan Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto dari Jepun 21-18, 8-21, 21-19 untuk mengesahkan tiket ke suku akhir.

Namun Pearly -Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 20-22, 21-8, 17-21 pada perlawanan akhir.

Bagaimanapun mereka mendapat pujian ramai kerana semangat kental yang dipamerkan ketika berjuang pada peringkat akhir.

Jurufoto Getaran, Azim Rahman dan Abdul Razak Latif membuat liputan sepanjang kejohanan ini dan merakamkan aksi menarik sepanjang kejohanan.

Aksi Lee Ji Zia bertemu perseorangan China, Lu Guangzu selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 pada Masters Malaysia 2023.
Aksi Lee Ji Zia bertemu perseorangan China, Lu Guangzu selepas berjaya melayakkan diri ke pusingan 16 pada Masters Malaysia 2023.
Perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong menunjukkan riak kecewa selepas tewas kepada perseorangan Jepun, K. Nishimoto ketika pusingan 32 pada Malaysia Masters 2023.
Perseorangan lelaki Malaysia, Ng Tze Yong menunjukkan riak kecewa selepas tewas kepada perseorangan Jepun, K. Nishimoto ketika pusingan 32 pada Malaysia Masters 2023.
Beregu lelaki Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen membalas pukulan dari beregu Malaysia, Man Wei Chong dan Kai Wun Tee ketika pusingan 32 pada Malaysia Masters 2023.
Beregu lelaki Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen membalas pukulan dari beregu Malaysia, Man Wei Chong dan Kai Wun Tee ketika pusingan 32 pada Malaysia Masters 2023.
Perseorangan wanita Jerman, Yvonne Li membuat pukulan servis ketika bertemu wakil dari Malaysia, Goh Jin Wei di Malaysia Masters 2023.
Perseorangan wanita Jerman, Yvonne Li membuat pukulan servis ketika bertemu wakil dari Malaysia, Goh Jin Wei di Malaysia Masters 2023.
Beregu lelaki Malaysia, Ong Yew Sin -Teo Ee Yi ketika bertemu beregu lelaki Chinese Taipei, Lu Ching Yao and Yang Po Han di Malaysia Masters 2023.
Beregu lelaki Malaysia, Ong Yew Sin -Teo Ee Yi ketika bertemu beregu lelaki Chinese Taipei, Lu Ching Yao and Yang Po Han di Malaysia Masters 2023.
Pearly Tan- M.Thinaah membalas pukulan dari beregu wanita Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva selepas berjaya melayak ke pusingan 16 pada Masters Malaysia 2023.
Pearly Tan- M.Thinaah membalas pukulan dari beregu wanita Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva selepas berjaya melayak ke pusingan 16 pada Masters Malaysia 2023.
Pearly Tan- M.Thinaah membuat isyarat tangan semasa bertemu beregu wanita Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva selepas berjaya melayak ke pusingan 16 pada Masters Malaysia 2023.
Pearly Tan- M.Thinaah membuat isyarat tangan semasa bertemu beregu wanita Bulgaria, Gabriela Stoeva dan Stefani Stoeva selepas berjaya melayak ke pusingan 16 pada Masters Malaysia 2023.
 Pearly Tan- M.Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee pada final Masters Malaysia 2023.
Pearly Tan- M.Thinaah tewas kepada pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee pada final Masters Malaysia 2023.
Penonton memberikan sokongan kepada pasangan Pearly Tan-M.Thinaah.
Penonton memberikan sokongan kepada pasangan Pearly Tan-M.Thinaah.
Aksi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas menempah slot ke final.
Aksi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas menempah slot ke final.
Pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee menewaskan Pearly Tan-M.Thinaah untuk merangkul kejuaraan Masters Malaysia 2023.
Pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee menewaskan Pearly Tan-M.Thinaah untuk merangkul kejuaraan Masters Malaysia 2023.
Pasangan beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae muncul juara Masters Malaysia 2023.
Pasangan beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae muncul juara Masters Malaysia 2023.

Sorotan

1

Mendiang Mutang Dikebumi Isnin

2

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

3

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

4

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

5

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

6

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 14 jam yang lalu

Susah Jugak Kalau Canggih Sangat Ni Ek

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Sedapnya Makanan Kat JB!

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Nak Buat Baik Pun Salah Ke...

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 2 jam yang lalu

Macam Ni Punya Besar, Apa Dia Makan Agaknya Ek?

oleh Wartawan Getaran