Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Tarawih Yang Lebih Lengkap Tahun Ini, Berbanding 2020

Selain solat sunat tarawih, bazar Ramadan juga diberikan kebenaran untuk beroperasi dengan SOP yang ketat

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 4:16PM

Umat Islam menghadiri hari pertama solat sunat tarawih di Masjid Negara, Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

oleh

Kru Visual

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rata-rata umat Islam di Malaysia bersyukur dan lega kerana pada tahun ini, ketibaan Ramadan dapat disambut dengan lebih lengkap berbanding tahun lepas.

Meskipun negara belum bebas sepenuhnya daripada pandemik COVID-19 namun pada tahun ini, masjid-masjid dibenarkan mengadakan solat tarawih namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Berbanding 2020, umat Islam terpaksa menunaikan solat sunat tarawih di rumah kerana ketika itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

Bukan itu sahaja, bazar Ramadan juga tidak dibenarkan pada tahun lepas. Berbeza dengan tahun ini, beberapa negeri membenarkan bazar Ramadan dilaksanakan.

Jurufoto Getaran, Sairien Nafis dan Sadiq Asyraf, melihat perbezaan tahun lepas dan semalam ketika umat Islam memulakan tarawih hari pertama sempena ketibaan bulan Ramadan. 

Ramadan tahun 2020 menyaksikan hanya imam dan pentadbir masjid sekitar 4-5 jemaah sahaja yang boleh menunaikan solat sunat tarawih berbeza dengan tahun ini. - Foto SADIQ ASYRAF
Ramadan tahun 2020 menyaksikan hanya imam dan pentadbir masjid sekitar 4-5 jemaah sahaja yang boleh menunaikan solat sunat tarawih berbeza dengan tahun ini. - Foto SADIQ ASYRAF

Bukan tidak boleh bertarawih di rumah bersendirian atau bersama keluarga namun amalan melakukan solat tarawih secara berjamaah lebih afdal dan memberi kelebihan ekoran ibadah ini juga merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut.

Lebih-lebih lagi, solat sunat tarawih hanya ada pada bulan Ramadan dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Dengan ganjaran pahala yang Allah sediakan, pasti umat Islam mahu lakukan yang terbaik dalam tempoh 30 hari ini selain menanti 10 malam terakhir dalam memburu ganjaran pahala yang lebih banyak pada malam al-Qadr.

Sebagaimana yang kita tahu, ganjaran melakukan solat sunat tarawih adalah sangat besar, sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A di mana beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya, sesiapa yang melakukan qiyam Ramadan (menghidupkan malam Ramadan) dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu - riwayat Al-Bukhari nombor 37.

Tahun ini, lebih ramai jemaah boleh menunaikan solat sunat tarawih walaupun terpaksa mengikuti SOP yang ketat. - Foto SADIQ ASYRAF
Tahun ini, lebih ramai jemaah boleh menunaikan solat sunat tarawih walaupun terpaksa mengikuti SOP yang ketat. - Foto SADIQ ASYRAF

Ini bermaksud, qiyam Ramadan yang meliputi solat tarawih, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa merupakan ibadah yang dilakukan pada malam hari pada bulan Ramadan dan sekiranya ia dilakukan dengan penuh keimanan akan pensyariatannya serta mengharapkan ganjaran pahala dari Allah S.W.T, nescaya pelakunya akan diampunkan dosa-dosa kecilnya yang terdahulu.

Kata Al-Syeikh Al-Buhuti Rahimahullah di dalam kitabnya Daqaiq Uli Al-Nuha (1/2245): Menunaikan solat tarawih di masjid itu lebih afdal berbanding selainnya. Kerana baginda Rasulullah S.A.W menunaikannya bersama orang ramai secara berjemaah selama tiga hari berturut-turut.

SOP ketat tetap dikenakan kepada jemaah yang hadir ke masjid untuk bersolat. - Foto SAIRIEN NAFIS
SOP ketat tetap dikenakan kepada jemaah yang hadir ke masjid untuk bersolat. - Foto SAIRIEN NAFIS

Namun kehadiran pandemik COVID -19 yang menyerang seluruh dunia tahun lepas jelas merencatkan aktiviti berjemaah di masjid namun dalam pandangan yang lain, ia dapat merapatkan silaturahim sesama keluarga dengan aktiviti qiyam Ramadan bersama.

Apa pun, kehadiran Ramadan pada tahun hijrah 1442 ini membuka lembaran baharu kepada sebahagian umat Islam di negara ini walaupun kebanyakan negeri masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan COVID -19 ketika ini.

Kehadiran jemaah agak ramai ketika solat sunat tarawih pertama pada bulan Ramadan. - Foto SAIRIEN NAFIS
Kehadiran jemaah agak ramai ketika solat sunat tarawih pertama pada bulan Ramadan. - Foto SAIRIEN NAFIS

Mereka kini boleh berjemaah di masjid dengan lebih selesa selain membeli keperluan berbuka puasa di bazar Ramadan walaupun ada negeri yang masih melarang sebarang aktiviti berkumpulan ekoran kes jangkitan  COVID -19 masih tinggi. - Getaran, 13 April 2021.

Kebanyakan negeri sudah membenarkan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau. - Foto SADIQ ASYRAF
Kebanyakan negeri sudah membenarkan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau. - Foto SADIQ ASYRAF
Jemaah wanita juga sudah diberi kebenaran untuk hadir berjemaah di masjid. - Foto SAIRIEN NAFIS
Jemaah wanita juga sudah diberi kebenaran untuk hadir berjemaah di masjid. - Foto SAIRIEN NAFIS

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Bawa Laju-Laju Nak Kejar Apa

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Maut Petang Ramadan Ke-16

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Kreatif Betul Budak Sekarang Ek?

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 2 jam yang lalu

2 Penumpang Maut Selepas Bas Persiaran Terbalik Di Karak

oleh Wartawan Getaran