web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Durian Bagaikan Emas, Brother Durian Tetap Laris

Usahawan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 3:44PM

Zafrul Fizi menunjukkan isi durian yang dijual oleh Brothers Durian. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JENJAROM - Musim durian yang menjengah saban tahun membawa kemeriahan tersendiri, apabila ia disambut bagaikan pesta oleh rakyat negeri ini, baik dengan berkumpul di dusun atau menikmati keenakan ‘raja buah’ itu di gerai.

Keriuhan itu bagaimanapun ‘hilang’ seketika sejak dua tahun lalu apabila negara berdepan ancaman pandemik COVID-19, menyebabkan rakyat perlu menjalani hidup dengan norma baharu, berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tidak lagi boleh menikmati pilihan durian kegemaran masing-masing di gerai atau berkumpul di dusun, pelanggan sebaliknya terpaksa berpuas hati dengan membeli bungkus atau ‘tapau’ untuk dinikmati di rumah masing-masing.

Bagi ‘hantu durian’, perbezaan situasi pada musim kali ini bukan penghalang untuk mereka menikmati keenakan raja buah itu.

Pengasas Brothers Durian, Zarul Fizi Sahaari, 36 tahun, yang sudah berniaga buah kegemaran ramai itu sejak tujuh tahun lalu berkata, permintaan diterima tetap tinggi walaupun berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Menurut beliau, Brothers Durian bertapak di Bandar Saujana Putra di sini sejak 2015 lagi dan masih tidak putus menerima kedatangan pelanggan tetap walaupun berdepan sekatan dan SOP PKP.

Permintaan tidak putus walaupun walaupun berdepan dengan PKP sejak tahun lalu.
Permintaan tidak putus walaupun walaupun berdepan dengan PKP sejak tahun lalu.

“Disebabkan musim durian masih terlalu awal, permintaan durian memang tinggi, sebab orang Malaysia ini memang rata-ratanya peminat durian.

“Bagi penggemar durian, pada awal musim mereka sanggup berhabis duit bagi mendapat buah yang berkualiti, sedap dan bergred A,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di gerainya baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya ketika mula-mula menjinakkan diri dalam perniagaan durian, jelas Zarul dia tidak malu untuk berniaga di tepi jalan dan menjadikan ia sebagai sumber rezeki utama.

Pengasas Brothers Durian, Zarul Fizi Sahaari.
Pengasas Brothers Durian, Zarul Fizi Sahaari.

“Saya belajar berniaga daripada arwah ayah saya. Dia memang seorang peniaga durian di tepi jalan. Sejujurnya saya memang ada kelulusan hingga ke peringkat ijazah, tetapi rezeki lebih berpihak kepada saya untuk menjadi peniaga jalanan.

“Arwah ayah saya pesan, berniagalah secara jujur, kerana itu yang akan membuatkan perniagaan lebih bertahan. Jadi bermula daripada 10 sen, hingga ke ratusan ringgit, perniagaan Brother Durian BSP semakin dikenali penduduk setempat,” ujarnya lagi.

Umum mengetahui harga raja buah itu amat tinggi, malah tidak keterlaluan jika digelar ‘buah kayangan’.

Ditanya mengapa harga buah berkenaan terlalu tinggi dan sering berubah, Zarul berkata, ramai yang tidak faham kerana mungkin mereka melihat kenaikan harga durian ini sebagai tidak masuk akal.

Walaupon mempunyai ijazah, rezeki Zarul Fizi lebih berpihak kepada menjadi peniaga jalanan.
Walaupon mempunyai ijazah, rezeki Zarul Fizi lebih berpihak kepada menjadi peniaga jalanan.

“Untuk pengetahuan semua, harga durian ini bergantung pada luruhnya buah.

“Jika pada bulan tersebut semua negeri sedang luruh dan buah terlalu banyak, maka harga akan turun. Tetapi macam sekarang, baru minggu awal, buah durian tidak banyak yang luruh jadi harga mahal sedikit. Macam perniagaan saya pula, kami hanya menjual buah yang berkualiti sahaja,” jelasnya panjang lebar.

Mengulas lanjut beliau berkata, harga durian turut dipengaruhi oleh kaedah penjualan dilakukan peniaga.

“Jika dahulu, pekebun jual durian secara longgok, tetapi sekarang tidak. Ramai pekebun yang menjual durian mengikut kilo, dan harga itu sesuai dengan peredaran semasa,” jawabnya.

Apa yang nyata, walau semahal mana harga dikenakan, pencinta tegar raja buah itu sanggup berhabisan, maka tidak hairanlah, permintaan durian tetap tinggi setiap tahun.

‘Hantu Durian’, apa lagi? Ayuh serbu! - Getaran, 20 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Rencana 2 tahun yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Wanita Diragut Dalam Kedai di Sungai Rambai, Jenjarom

3

TARA 2 tahun yang lalu

Anda Penggemar Durian? Ini Gerai Wajib Kunjung Di Sekitar Selangor!

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Agro Sains Durian Relau Perlu DItubuhkan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?