Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


2 Juta Ketupat Sejuk Beku Asnaf Penuhi Selera Perantau Sejak 2018

Usahawan Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2021 10:00AM

Zarina (tengah) menunjukkan sebahagian ketupat palas yang siap dibungkus untuk dijual kepada pelanggannya ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Gading di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Bermula sekadar beramal untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf dari Kampung Bukit Gading, di sini, ketupas palas sejuk beku yang dihasilkan mereka kini mendapat permintaan ramai khusus buat perantau di luar Kelantan.

Pengasas Dapur Ramadan, Zarina Mohd Nawawi, 49, berkata ketupat sejuk beku hasil air tangan golongan asnaf itu memberi fokus kepada pesanan dari luar Kelantan, menyaksikan 90 peratus tempahan dihantar ke Kuala Lumpur, Johor dan Pahang.

Mesra disapa sebagai Kak Na, beliau berkata perniagaan yang pada awalnya sekadar untuk beramal serta memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf berubah apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sehingga mereka tidak menang tangan memenuhi tempahan.

“Semua pekerja yang Kak Na ambil merupakan golongan asnaf dan hampir kesemuanya adalah terdiri daripada wanita yang berumur sekitar 30 hingga 60 tahun.

“Untuk tempahan kita buka sejak Februari lepas, dalam tempoh tersebut 4,000 hingga 5,000 biji ketupat disiapkan sehari. Tetapi memasuki bulan Ramadan proses pembuatan mencecah 10,000 biji sehari. Sejak 2018 hingga sekarang, kita berjaya hasilkan lebih kurang dua juta biji ketupat sejuk beku,” katanya kepada Bernama.

Bercerita lanjut, Zarina berkata sejak awal memulakan perniagaan tersebut, beliau memang memberi fokus memasarkan produk ke pasaran luar untuk memberi peluang masyarakat di luar Kelantan menikmati ketupat palas buatan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Ketika ditanya mengenai keistimewaan resipi ketupat palas sejuk beku Dapur Ramadan, Zarina berkata ia merupakan resipi daripada seorang pekerja di situ sendiri yang kemudiannya diubah suai supaya juadah itu lebih enak dan berkualiti.

Selepas mendapat keuntungan yang tinggi saban tahun, Zarina telah menubuhkan Skim Pinjaman Qardhul Hassan (tanpa faedah) kepada golongan asnaf yang membuat ketupat di Dapur Ramadan dengan membolehkan mereka membuat pinjaman bagi membeli keperluan seperti mesin basuh dan peti sejuk.

“Menerusi skim pinjaman ini, sesiapa nak beli barang seperti mesin basuh, Kak Na akan pergi beli secara tunai di kedai. Jadi dari situ, kita akan potong gaji setiap hari dalam RM10 sampai habis dengan harga yang sama.

“Pekerja di sini bekerja dengan gaji harian. Kak Na bagi gaji berdasarkan kepantasan dan kecekapan mereka bekerja. Sebiji ketupat Kak Na upah dengan 17 sen.

“Dalam masa sehari, seorang boleh dapat RM150 untuk bungkus ketupat sahaja,” tambahnya.

Mengakhiri temu bual tersebut,  Zarina berharap untuk meneruskan perniagaan ketupat sejuk beku itu sekali gus terus membela nasib golongan asnaf di kampung berkenaan. - Bernama

TAG: ketupat sejuk beku, asnaf, Dapur Ramadan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Santuni Asnaf Di Pekan

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hafizah Gigih Siapkan Lebih 500 Pek Sarapan Percuma Di PPR Lembah Subang 1

4

TARA 1 tahun yang lalu

140 Golongan Asnaf Dapat Tajaan Lesen Motosikal Percuma Dalam Program #RideHomeSafe 2022

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti โ€“ PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 8 jam yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain โ€“ PM