Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hafizah Gigih Siapkan Lebih 500 Pek Sarapan Percuma Di PPR Lembah Subang 1

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 12:00PM

Bekalan sarapan percuma yang disediakan Hafizah dikhususkan kepada pelajar dan anak asnaf daripada keluarga B40 di PPR berkenaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seawal 4 pagi dan ketika kebanyakan penduduk sedang lena diulit mimpi, Pengasas D’Dapor Al-Hafiz, Hafizah Mohamed Yatim sudah memerah keringat bagi menyediakan sarapan percuma kepada lebih 500 pelajar sekolah dan anak asnaf.

Rutin harian tanpa sebarang upah itu dilakukan Hafizah, 51, atau lebih mesra disapa ‘ibu’, sejak dua tahun lepas di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1 dekat sini, apabila melihat ramai ibu bapa yang majoritinya daripada kumpulan B40 terkesan akibat pandemik COVID-19 malah ada yang kehilangan punca pendapatan.

Rutin harian Hafizah menyediakan sarapan bermula seawal jam 4 pagi. - Gambar Bernama
Rutin harian Hafizah menyediakan sarapan bermula seawal jam 4 pagi. - Gambar Bernama

“Pada mulanya, ibu masak secara gotong-royong untuk dihidangkan kepada anak-anak yatim ketika Ramadan, lepas itu pemberian makanan diteruskan kepada lebih 1,000 orang ketika pandemik COVID-19.

“Apabila keadaan kembali normal, ibu tukar bagi sarapan kepada pelajar sekolah dan anak asnaf. Matlamatnya supaya mereka dapat ke sekolah, kerana jika kelaparan mereka tidak akan ke sekolah dan ini boleh menjejaskan pelajaran,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Hafizah yang juga panel pengurusan jenazah hospital Shah Alam bagi kes kritikal berkata bekalan sarapan percuma itu dikhususkan kepada pelajar dan anak asnaf daripada keluarga B40 di PPR berkenaan.

“Ibu akan mula masak sendiri  sekitar 4 pagi dan kemudianya berehat sebentar untuk menunaikan solat Subuh di masjid Ara Damansara yang hanya beberapa meter dari premis D’Dapor Al-Hafiz.

“Selepas selesai, dengan bantuan dua sukarelawan, sarapan mula diagihkan kepada pelajar dan anak asnaf sehingga 7.30 pagi. Bahkan anak asnaf yang telah dikenal pasti oleh ahli qariah juga akan diberikan wang saku RM2 seorang ke sekolah,” kata Hafizah yang berasal dari Selama, Perak.

Menu pelbagai yang disediakan Hafizah membuatkan anak-anak bersemangat untuk ke sekolah. - Gambar Bernama
Menu pelbagai yang disediakan Hafizah membuatkan anak-anak bersemangat untuk ke sekolah. - Gambar Bernama

Antara menu yang disediakan Hafizah yang juga bekas tukang masak sekolah ialah mi goreng, nasi goreng, nasi lemak dan kuetiau goreng dan hidangan yang disediakan itu lengkap dengan telur dan lauk pauk seperti udang dan ayam.

Hafizah yang telah terlibat dengan aktiviti kebajikan sejak 1998 berkata setiap hari lebih RM500 dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan memasak dan semuanya itu disumbangkan oleh seorang individu yang tidak mahu dikenali.

“Tiada kutipan derma daripada orang ramai, hanya infaq daripada seorang dermawan untuk semua urusan perbelanjaan D’Dapor Al-Hafiz dari hari Selasa hingga Jumaat, hari Isnin adalah sumbangan daripada orang ramai.

“Saya juga tidak mengambil upah kerana apa yang saya buat kerana ikhlas ingin bantu orang. Dulu pun saya sekeluarga pernah hidup susah sampaikan rumah kena lelong, suami sakit jadi saya tahu penderitaan orang yang hidupnya kais pagi kais petang,” kata wanita yang mempunyai tiga anak itu dan telah kematian suami tahun lepas akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Gambar ihsan Bernama
Gambar ihsan Bernama

Sementara itu, seorang penduduk Norhayati Musa, 46, yang juga kematian suami berkata usaha yang dilakukan Hafizah itu telah memberi manfaat kepada ratusan kanak-kanak di flat berkenaan termasuk anaknya, Irman Firhan Mohamad Aiman, 15.

“Dari awal pagi lagi, ibu akan maklumkan melalui ‘WhatsApp Group’ menu yang ada. Anak-anak sudah tentu jadi bersemangat untuk ke sekolah kerana ada pihak yang menyediakan sarapan pagi, menunya pula sentiasa bertukar-tukar dan tidak membosankan,” katanya yang berniaga pakaian kanak-kanak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

2

Jelajah 6 hari yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Hilang Wang Punca Kes Pelajar Dipukul Hingga Maut

4

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 14 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran