Berita Terkini

34 minit yang lalu: Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah JSJ yang baharu berkuat kuasa 16 April ini - Setiausaha PDRM 2 jam yang lalu: Proton umum X90 kenderaan tenaga baharu pertamanya 2 jam yang lalu: Wanita warga emas maut, suami dirawat di ICU selepas makan ikan buntal 2 jam yang lalu: Jumlah import Sarawak meningkat 45.5 peratus kepada RM34.29 bilion pada 2022 - MITI 2 jam yang lalu: Cadangan wajibkan tingkatan enam beri kesan kepada kemasukan ke matrikulasi, IPT

IKUTI KAMI


Kedai Emas Dalam Pasar Raya MG Coop Mart Bulan Depan

Usahawan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 3:51PM

Pelanggan berpeluang memilih pelbagai barangan keperluan asas pada harga kompetatif di pasar raya MG Coop Mart.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Selepas menyaksikan perkembangan memberangsangkan francais kedai emas Makmur Gold dan rangkaian pasar raya MG Coop Mart, Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur) bakal memperkenalkan konsep kedai emas dalam semua pasar raya kendaliannya mulai hujung bulan depan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood berkata, konsep itu akan dilakukan secara berperingkat seiring dengan perancangan pihaknya untuk membuka 10 cawangan pasar raya MG Coop Mart di Kuantan menjelang hujung tahun ini. 

“Kita akan mulakan dahulu di Kuantan sebelum meneruskan idea ini ke negeri lain secara berhati-hati memandangkan keadaan ekonomi ketika ini masih berada dalam fasa pemulihan. 

“Bagi perancangan jangka panjang pula, Makmur Gold dan Ko-Makmur berhasrat untuk membuka pasar raya besar yang mempunyai bukan sahaja ruangan menjual barangan keperluan asas dan barang runcit yang lain, tapi turut mempunyai kedai emas dan kedai pajak gadai berkonsepkan Ar-Rahnu,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Mohd Faizuddin berkata, pembukaan dua jenis premis itu adalah perancangan mereka untuk tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah membuka tiga pasar raya di sekitar Kuantan dengan cawangan pertama di Indera Sempurna sebelum diikuti di Indera Mahkota dan terbaharu di Sungai Karang, dekat sini, yang dirasmikan semalam. 

Katanya, terdapat beberapa lokasi di sekitar daerah ini sudah dikenal pasti untuk membuka cawangan baharu, antaranya di kawasan Bandar Putra, dekat Tanjung Lumpur yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. 

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood
Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood

“Kajian teliti sedang dilakukan pasukan pemasaran kami untuk mencari lokasi bersesuaian. Pemilihan Indera Sempurna, Indera Mahkota dan Sungai Karang dibuat selepas mendapati permintaan terhadap pasar raya yang menawarkan produk pada harga berpatutan adalah sangat tinggi di kawasan berkenaan. 

“Memang sudah ada pasar raya lain di kawasan berkenaan, tapi kami menambahkan atau memberi pilihan kepada penduduk untuk membelanjakan wang mereka dengan lebih berhemah,” katanya.

Mohd Faizuddin menarik perhatian, Makmur Gold turut menawarkan peluang kepada usahawan kecil dan sederhana Bumiputera untuk memasarkan produk keluaran masing-masing melalui rangkaian pasar raya yang ada.

“Kami berharap barisan usahawan kecil dan sederhana ini dapat bertemu  dan datang berbincang dengan pihak kami untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut,” katanya. 

Ketika diminta mengulas mengenai cadangan pembukaan pasar raya di daerah lain di Pahang, Mohd Faizuddin berkata, pihaknya dalam proses persediaan terakhir sebelum merasmikan pembukaan cawangan pasar raya MG Coop Mart di Lipis yang dijangka dapat beroperasi sebelum 14 Mei ini. 

“Kerja pemasangan rak pameran barangan di pasar raya itu sedang dilakukan dan jika semuanya berjalan lancar, kita dapat mula beroperasi tidak lama lagi... kemungkinan besar ia dapat dibuka sebelum kita menyambut Aidilfitri yang dijadualkan kira-kira dua minggu lagi,” katanya. - Getaran, 4 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

1,500 Bubur Lambuk Air Tangan Permaisuri Agong Diagihkan Kepada Rakyat

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 47,000 Mangsa Banjir Masih Berlindung Di PPS 3 Negeri

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Hampir 55,000 Di 3 Negeri, 2 Negeri Pulih Sepenuhnya

Sorotan

1

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

2

SPRM Nafi 2 Pegawainya Dalang Isu Rasuah Libatkan Syarikat Korporat

3

Tempoh Reman Penyerang Kamal Adli Dilanjutkan Seminggu Lagi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 2 jam yang lalu

Bursa Securities Nyahsenarai Scomi, Tolak Permohonan Lanjut Pelan Regularisasi

Ekonomi 9 jam yang lalu

Lewat Buka Semula Sempadan Faktor Malaysia Di Tangga Ke-32 Ranking Daya Saing Dunia IMD 2022