Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masak Lemak Cili Api Di Pulau Mutiara, Gamit Rindu Masakan Bonda

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 3:04PM

Shamsul berkata idea untuk membuka restorannya tercetus selepas melihat tiada kedai makan yang menghidangkan masakan asli Negeri Sembilan di Pulau Pinang. - Gambar oleh Sofia Nasir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEBERANG JAYA - Menikmati masakan asli Negeri Sembilan di negeri yang amat sinonim dengan legenda nasi kandar mungkin kedengaran agak janggal.

Namun kini ia tidak lagi mustahil, terutamanya kepada anak perantau di Pulau Pinang yang merindui makanan masak lemak cili api persis air tangan ibu tercinta.

Pemilik restoran Lomaq Coffee, Shamsul Munir Safini, 37, berkata idea untuk membuka sebuah restoran masakan asli Negeri Sembilan tercetus selepas beliau melihat tidak banyak restoran atau kedai makan yang menghidangkan masakan asli dari negeri Adat Perpatih itu.

“Semua orang tahu Pulau Pinang ini dikenali sebagai syurga makanan. Namun, saya lihat di sini tidak ramai pengusaha restoran yang memilih untuk menyajikan masakan dari Negeri Sembilan.

“Jadi saya mengambil cabaran itu dan mula membuka Lomaq Coffee pada tahun lalu,” katanya kepada Getaran.

“Tidak sampai setahun, ramai yang mengenali Lomaq Coffee sehingga kami terpaksa menambah keluasan premis.”

Shamsul Munir yang juga anak kelahiran Perlis mengakui, beliau mula jatuh cinta terhadap masakan Negeri Sembilan ketika bersekolah selama lima tahun di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan.

“Ramai yang bertanya mengapa saya tidak menjual masakan utara atau dari negeri kelahiran saya sendiri, tapi saya berpendapat makanan Negeri Sembilan juga tidak kurang menarik,” katanya.

Memulakan perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lalu, Shamsul Munir yang juga bekas wartawan Harian Metro memberitahu, beliau mengambil risiko melawan arus ketika banyak restoran mula mengambil langkah ke belakang.

Berbekalkan pengalaman menjalankan perniagaan secara sambilan sebelum ini, Shamsul Munir mengorak langkah sehingga berjaya menyewa sebuah lagi premis bersebelahan restorannya di Hala Kalui, di sini.

“Saya gembira kerana tidak sampai setahun, ramai yang mengenali Lomaq Coffee sehingga kami terpaksa menambah keluasan premis demi keselesaan pelanggan,” katanya.

“Watak Ujang Aku Budak Minang sangat sinonim dengan Negeri Sembilan. Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan untuk bergambar dengan model karikatur tersebut.”

Bagi menghidupkan suasana seperti menikmati makanan di Negeri Sembilan, Shamsul Munir juga melakukan hiasan dalaman ala suasana desa, lengkap dengan mural watak Tanjung Life dan Minangkabau karya kartunis terkenal Azmi Hussain.

Tidak cukup dengan itu, Azmi turut meminjamkan model karikatur Ujang, Aku Budak Minang bersaiz hidup (life size) yang hanya satu-satunya terdapat di Malaysia.

“Watak Ujang Aku Budak Minang sangat sinonim dengan Negeri Sembilan, kerana itu ia diangkat sebagai konsep hiasan dalaman Lomaq Coffee.

“Pelanggan juga boleh mengambil kesempatan untuk bergambar dengan model karikatur tersebut, sementara ia masih dipinjamkan di sini,” kata bapa kepada empat anak ini.

Lomaq Coffee yang menawarkan lebih 50 juadah menghidangkan makanan masak lemak cili api daging salai sebagai menu istimewanya, selain aneka jenis kopi premium sebagai pilihan minuman.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan promosi Ramadan, boleh menempah pakej berharga antara RM49.90 hingga RM299.90 untuk hidangan bermula dua hingga 10 orang.

Pelanggan boleh membuat tempahan di talian 012-298 0934. - Getaran, 21 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

3

Semasa 1 bulan yang lalu

268 Topi Keledar Tiruan Jenama ARAI Disita

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 3 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini